Sunday 6 October 2013

Trivia & Fakta Menarik Bolasepak

Assalamualaikum ~
Salam 1 Malaysia ~

Hari ni aku berminat nak kongsikan dengan korang pasal Trivia & Fakta Menarik Bolasepak. Aku terfikir lama dah nak cari , tapi tak tersampai . So , akhirnya boleh jugak aku cari . Sebernanya banyak website dan blog yang memaparkan tentang Trivia dan fakta nih . Aku cari dan aku kumpul semua . 

Aku ada la sikit selitkan sejarah untuk tatapan mereka yang baru minat bola nih . Enjoy it !

Bawah ni ada la sikit yang aku kumpul untuk entri kali ini . Nanti akan ada koleksi trivia yang kedua ataupun mungkin ada yang ketiga ? nantikan ! hehe


#1 Bekas penjaga gol kebangsaan Germany , Oliver Kahn merupakan penjaga gol pertama yang menerima anugerah MVP ( Most Valueable Player ) pada Piala Dunia 2002 di Jepun dan Korea . 

#2 Pada tahun 1993 di Paraguay , perlawanan diantara Sportivo Ameliano menentang General Caballero telah mencatatkan rekod kad merah terbanyak dengan 20 kad merah telah dilayang semasa perlawanan berlangsung


#3 Pengurus Swansea , Michael Laudrup adalah salah seorang pemain Barcelona ketika Barca menang 5-0 keatas Real Madrid dan beliau jugalah salah seorang pemain Real Madrid ketika menang 5-0 keatas Barcelona. 

#4 English Premier League tidak pernah dimenangi oleh mana-mana pengurus yang berasal dari England.


#5 Arsenal , Bayern Leverkusen dan As Monaco pernah beraksi di final UEFA Champions League tetapi tidak pernah memenangi kejuaraan tersebut. 

#6 Arsenal adalah merupakan satu-satunya pasukan yang telah memenangi piala English Premier League yang dibuat daripada emas pada musim 2003/2004 atas rekod tanpa kalah mereka. Arsenal ketika itu dikenali sebagai " The Invincibles "

#7 Sir Alex Ferguson pernah bermain sebagai seorang penyerang dan pernah menjadi penjaring terbanyak untuk Scottish Premier League pada musim 1965/1966.


#8 Raul merupakan satu-satunya pemain yang menjaringkan gol di setiap musim Champions League selama 14 musim berturut-turut.

#9 Frank Lampard merupakan seorang pemain bolasepak yang genius kerana memiliki IQ setinggi 150 manakala IQ Albert Einstein adalah 160. 


No comments:

Post a Comment