Wednesday 21 May 2014

Aku & Membaca

Aku sebenarnya lebih suka membaca komik & majalah daripada buku-buku seperti novel. Tapi tak bermakna aku tak suka membaca buku-buku macam tu. Aku juga suka membaca cerpen-cerpen pendek. Pada aku, bila kita membaca kita berada didalam dunia sendiri. Kita bebas membayangkan sendiri situasi didalam buku.



Aku lebih suka membaca sambil baring. Ada yang suka baca sambil meniarap, sambil duduk. Badan akan terasa lebih selesa dan otak akan berada dalam keadaan relax apabila kita berbaring. Bila bosan, aku akan mengambil satu buku atau majalah dan ulang baca. Lagi-lagi bila sudah beberapa jam menghadap komputer. Aku akan capai satu buku dan akan berbaring disofa. Minat aku terhadap membaca ni masih baru. Sekitar tahun 2011, aku membeli komik pertama berjudul "Lawak Pandaman" hasil teruja tengok kawan-kawan beli. Tahun tu aku beli mungkin dalam 15 komik juga. Most of them, hilang. Lawak Pandaman tu pun dah terlepas ke tangan anak saudara aku yang berusia 4 tahun. Aku mula mengumpul komik secara serius dari tahun 2013. Beli 5-6 komik, habis dalam sehari. Repeat lagi sampai minggu depan. Then beli yang baru.

Kemudian aku berhenti kejap sebab beli PC baru, kenalah buat sesi orientasi beberapa bulan. Hahaha, kini boleh kata aku kembali aktif. Sekarang aku mempunyai kira-kira 60 buah komik dan berpuluh-puluh majalah bola dan majalah kartun. Aku pulak tak suka jenis komik anime Jepun, aku lebih suka komik Malaysia. Aku pernah memberanikan diri beli komik anime Jepun yang dialih bahasa. Tetapi akhirnya baca tak habis pun. Tapi aku minat komik seperti Doraemon & Detektif Conan. Bagi aku, itulah Anime 'original'

Bagi aku, lukisan kartunis Jepun terlalus halus\. Tidak kena dengan citarasa aku. Aku suka dengan komik yang kasar. Bukan bermaksud jalan ceritanya kasar, tapi lakarannya. Antara pelukis kegemaran aku adalah Zint, Ben Wong, Keith & Joe

Bawah ini adalah koleksi aku semasa entri ini ditulis. Tidaklah banyak mana, tapi aku puas. Masih mencari !



Isu Pengadil Malaysia

Isu pengadil sudah lama dibangkitkan. Di Asia, Jepun sahaja yang mempunyai status pengadil professional. Seperti di sesetengah negara Eropah, mereka mempunyai pertubuhan pengadil sendiri. Dimana persatuan ini bebas dan tidak terikat dengan FA. Sebilangan lagi menggunakan khidmat pengadil yang diikat secara kontrak. Di Malaysia, selari dengan slogan 1 Malaysia sesiapa boleh menjadi pengadil asalkan beliau menghafal buku panduan FIFA ( kah kah kah ) tanpa mengira status. Guru, bekas askar, ahli bomba. Asalkan tidak terlibat secara langsung dengan FA negeri.



Bayaran kepada pengadil utama adalah RM500 manakala pembantu pengadil hanya mendapat RM400. Dan bookie menawarkan upah lumayan sehingga RM5000. Tidak heranlah pengadil yang tak tahan nafsu ambik upah bookie. Malaysia sepatutnya membuat satu persatuan untuk pengadil. Bayar RM5000-Rm10000 setiap bulan. Jangan jadikan pengadil sebagai kerja part time. FAM harus menjadikan pengadil ini sebagai kerjaya. Barulah bookie & match fixing boleh dibanteras. Institut pengadil ini juga perlu menjadi mahkamah bolasepak. Menjadi badan pertubuhan bebas antara FA dan penyokong serta pemain. Isu bookie ini masih wujud meliar dalam negara. Badan bertanggungjawab perlu bertindak, bukan duduk sahaja dan buat macam benda tidak berlaku.



Pengadil yang hebat dibantu oleh pembantu pengadil yang bagus. Perlawanan didalam stadium berlaku dengan pantas. Kadang-kadang pengadil tidak sempat melihat. Itu lah gunannya pembantu pengadil. Penggunaan 'advantage' itu perlu digunakan dengan sebaiknya. Jangan foul dibawah, bola sudah sampai ke kotak penalti pihak lawan baru nak tiup wisel, itu bodo namanya.

FAM perlu menjaga kebajikan para pengadil. Jangan biarkan mereka. Kerana tiap-tiap keputusan pengadil diatas padang pada masa sekarang akan membawa kesan sehingga keluar stadium. Majulah bolasepak Malaysia !


Thursday 15 May 2014

Naturalisasi Bolasepak Malaysia

Adakah wajar Malaysia mengambil jalan pintas dengan mengadaptasi pemain naturalisasi untuk diserap ke pasukan Harimau Malaya ? Bagi aku, jawapannya tak perlu.

Kenapa perlu mengambil pemain naturalisasi sedangkan masih ramai bakat diluar sana yang Malaysia belum cungkil ? Ada yang mempersoalkan tentang Spain pun pakai pemain naturalisasi ( Diego Costa ). Itu Spain, ranking no.1. Kita ? Kalau sudah ambil pemain naturalisasi, target kita bukan lagi setakat AFF Suzuki, kita harus sasarkan layak ke Piala Dunia. Selama bertahun ini Malaysia menunjukkan prestasi yang tidak konsisten. Dengan adanya program-program yang diadakan dalam Pelan Pembangunan Bolasepak Negara, aku percaya makin ramailah bakat-bakat yang bakal menyerlah. Dengan ada pemain naturalisasi didalam skuad kebangsaan bagaimana penerimaan pemain tempatan ? adakah mereka merasa tercabar dan terus berusaha meningkat prestasi ? ataupun beranggapan " Dia sudah dibayar gaji mahal, biar la dia yang buat kerja lebih " Itulah yang menjadi persoalan.

Tak guna kalau ambik pemain naturalisasi yang power tapi dibahagian defend dan midfileder, hambar. Takkan striker bawa boleh dari keeper sampai ke kawasan penalti pihak lawan secara bersendirian. Kecuali lah kalau ada pemain yang mempunyai aura magis. Pegang bola terus gol. Sebelum mengambil jalan pintas untuk menyerap pemain naturalisasi, FAM perlu dirombak. Pucuk pimpinan perlu ditukar. Cara pemikiran FAM harus diubah. Mentaliti perlu segera diubah. Aku percaya, jika dimulakan sekarang, dalam masa 3-4 tahun lagi, pasti akan nampak hasilnya. Paling cepat 2 tahun. Apa yang penting, presiden FAM perlu ditukar. 15 tahun lalu, FAM menyasarkan bahawa kita akan layak ke Piala Dunai 2014. Tetapi apa sudah jadi ?!! Piala Asia pun tak lepas. Layak masa jadi tuan rumah, itupun dimalukan. FAM harus menghentikan menerima perlawanan dengan kelab. Jika di peringkat ASEAN pun kita masih terombang ambing, ada hati mau ambil pemain naturalisasi. Jika ada kejayaan apa salahnya, tetapi selagi cara pengurusan FAM masih belum diubah, aku percaya, keputusannya tetap sama. Terlalu banyak kempen untuk menyedarkan puak FAM. Terlalu banyak... Apabila peminat menyuarakan pendapat disaluran yang betul, ke mana hasilnya ? di tong sampah ? Apabila jawatankuasa mengeluarkan komen yang pedas, FAM gantung, saman. Sepatutnya institusi professional seperti FAM harus mengambil komen pedas itu dan jadikan ia sebagai ramuan untuk kejayaan. Hasilnya? Bolasepak Malaysia JAHANAM.




Kesimpulannya, pemain naturalisasi boleh diserap, tidak ada salahnya. Tetapi cara pengurusan FAM harus diubah dengan cara melantik presiden baru. Ada satu buku sukan ada menyebut

" Tidak ada manusia yang dilahirkan sudah mahir bermain bolasepak, mereka perlu dilatih. Tetapi ada yang lahir dengan kebolehan tertentu, kaki yang panjang, stamina yang kuat, kepantasan, tangan yang panjang.  "

ROMBAK FAM

PRESIDEN FAM SILA LETAK JAWATAN !!! 30 TAHUN JAHANAM

Kisah Fantasi : Hikayat Kerajaan Pasir Jerlus Part 2

Part 1

Raja Yang Mulia Megat Shah Alam Peace Yow semakin rungsing apabila dateline anaknya semakin hampir. Apakah yang harus dilakukannya ? Setelah berfikir selama 2 hari 2 malam sehingga kepala baginda menjadi botak, baginda mendapati bahawa baginda tidak mempunyai akal untuk menyelamatkan anakanda baginda. Selepas itu, baginda bergegas ke pusat rawatan rambut Yun Nam Hair Care untuk melebatkan semula rambut baginda. Selama seminggu, baginda perlu memakai topi koboy di hadapan rakyat jelata.

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari.

Hendak dipanjangkan cerita, datang seorang pendekar yang muda gagah perkasa bernama Mat Alam Raya. Mat Alam Raya sudah bertapa dengan 77 guru ilmu pertapaan. Sudah 999 panglima telah ditumpaskannya hanya dengan menjentik di cuping telinga mereka. Apabila Mat Alam Raya memasuki kerajaan Pasir Jerlus, dia berasa hairan melihatkan kerajaan yang penuh dengan makcik-makcik monopos dan pakcik-pakcik surau serta berunag panda. Lalu ditanyakan pada seorang pakcik yang khusuk bermain karom bersama seekor panda berkaca mata di sebuah warung lama. Setelah mendapat information, barulah Pendekar Mat Alam Raya faham tentang musibah yang melanda kerajaan itu.

Hari yang dijanjikan telah tiba..........

Raja Yang Mulia Perkasa Megat Shah Peace Yow bersama Puteri Salju Flora Bunga Rafflesia diiringi oleh beberapa pengikut raja dan pengawal pun berangkat ke Tasik Naga Kentut Berapi Hijau, tidak ketinggalan beberapa ekor panda. 

Setibanya mereka disana, guruh mula berdentum, air di tasik mula bergelora, angin kencang mula bertiup. Suasana diiringi oleh muzik latar cemas yang dimainkan oleh beberapa ekor panda menandakan bahawa Gangnam Si Frankenstein akan muncul pada bila-bila masa !

Zzzapp !!!! 

Bunyi guruh yang teramat kuat disertakan dengan kemunculan secara dramatik oleh Gangnam Si Frankenstein. " Kah kah kah.. muahahaha, wakakaka " Itulah ketawa Gangnam Si Frankenstein Gergasi sewaktu melihat wajah tuan puteri si anak raja bakal menjadi santapannya pada kali ini. 

Sewaktu Gangnam si Frankenstein Gergasi bersiap sedia untuk makan, tiba-tiba muncul satu suara " Nanti dulu !!! Cis kau Frankenstein durjana !!" Semua orang disitu tertumpu pada seorang lekaki gagah perkasa yang sedang menunggang kuda putih dari arah matahari terbit sambil menyisirkan rambut beliau. Pemuda itu adalah Pendekar Mat Alam Raya.

Raja dan para pengikutnya berundur sambil mengharapkan Mat Alam Raya dapat mengalahkan Gangnam Si  Frankenstein Gergasi. Gangnam yang berang waktu lunch breaknya diganggu, dengan sekali hembus nafasnya, sekelip mata sahaja Mat Alam Raya menjadi panda. Belum sempat Mat Alam Raya menunjukkan kepakarannya. Semuanya disitu menjadi kaku dan terpinga pinga. Lalu dengan sekali suap, dimakannya Puteri Salju Flora Bunga Rafflesia bersama lada hitam dan sedikit keju cheddar.. 

Dengan ini, berakhirlah sudah kisah Hikayat Kerajaan Pasir Jerlus yang panjang lebar ini. Terima kasih 


Kisah Fantasi : Hikayat Kerajaan Pasir Jerlus Part 1

Tersebutlah kisah bermula disebuah negeri nusantara yang terletak di atas tanah yang subur, sebuah negeri yang kaya dengan hasil tanahnya. Rakyat di negeri yang diberi nama Pasir Jerlus ini dipimpin oleh raja yang muda serta gagah perkasa. Raja ini berketurunan Hikayat Dato' Perkasa Sang Misai Buluh Runcing. Yang Mulia Perkasa Megat Shah Alam Peace Yow nama baginda. Jangan berasa pelik, kerana ibunda baginda berkahwin dengan keturunan dari Maharaja Cina. Baginda dijodohkan dengan Puteri Snowman Ribut Petir dari negeri Frozen yang terletak di hujung dunia. Anakanda mereka,Puteri Salju Flora Bunga Rafflesia. Kerajaan Pasir Jerlus ini hidup dengan aman dan sejahtera kerana keadilan dan kemurahan yang ditunjukkan oleh raja mereka.

Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Entah dari mana asal usulnya, tiba-tiba muncul sang Frankenstein gergasi yang teramat jahat dari tasik yang terletak di tengah-tengah kerajaan ini, Tasik Naga Kentut Berapi Hijau. Orang-orang tua kerajaan itu memberi namanya Gangnam Si Frankenstein Gergasi. Sungguh maju orang-orang tua di kerajaan itu.

Hendak dicerita bagaimana jahat dan kejinya Gangnam Si Frankenstein Gergasi ini, habis semua selipar dan sandal rakyat jelata dirembatnya semasa sembahnyang Jumaat. Maka, pulanglah kaum Adam di kerajaan itu ke rumah dengan berkaki ayam. Adapun loceng-loceng ding dong di rumah rakyat jelata habis ditekannya, lalu larilah ia sambil ketawa berdekah-dekah. Kadang-kadang ditahanya bas, tetapi tidak naik. Lebih keji, Gangnam Si Frankenstein Gergasi ini suka memancitkan tayar kereta guru-guru di kerajaan itu, Jenis tak belajar ilmu sivik dan kenegaraan betul si Frankenstein Gergasi ini. Patutnya diterajang secara berjemaah.

Ramai juga semangat darah muda yang mahu bangkit menentang, tetapi sia-sia. Malah, Pasukan Taktikal Khas Diraja pun tidak dapat mendekati apatah lagi mencederakan Gangnam Si Frankenstein Gergasi. Gangnam Si Frankenstein Gergasi ini mempunyai kuasa sakti, semua yang hendak menentangnya, akan disumpah menjadi beruang panda yang gebu. Pengawal terbaik diraja, Panglima Otomen Taro pun disumpahnya menjadi beruang panda.

Maka, kacau bilau menimpa negeri yang dulunya aman sejahtera dengan perlambakan beruang panda.Populasi buluh semakin berkurangan. Ini menyebabkan bisnes penjualan meriam buluh menurun. Kepala otak Raja Yang Mulia Perkasa Megat Shah Alam Peace Yow semakin rungsing dengan permasalahan ini. Lalu dikumpulkan semua ahli JKKKKK kampung seluruh pelosok negeri dan ahli-ahli bijaksana istana untuk membuat perbicangan dengan Gangnam Si Frankenstein Gergasi. Hasilnya, memorandom kedamaian telah berjaya dimeterai. Dengan syarat, setiap satu purnama hendaklah dikorbankan seorang anak dara sunti dari kalangan rakyat jelata untuknya. Barulah dia akan berhenti membuat havoc di kerajaan Pasir Jerlus itu.

Raja dengan berat hati terpaksa bersetuju dengan kehendak Gangnam Si Frankenstein Gergasi demi kebaikan negeri itu. Setelah beberapa purnama, maka stock anak dara sunti di kerajaan itu sudah run out. Yang tinggal hanya makcik-makcik monopous dan pakcik-pakcik surau bermain dam di kedai kopi selain tiu, beruang panda  bekeliaran di shopping complex dan dijalan raya. Populasi panda telah melebihi populasi manusia di negeri Pasir Jerlus pada ketika itu. Kadang-kadang panda lah yang menjadi peneman pakcik-pakcik surau bermain dam.

Anak dara sunti terakhir adalah ananda raja sendiri iaitu Puteri Salju Flora Bunga Rafflesia. Maka, gusar lah sang raja memikirkan nasib puterinya itu.

Bagaimanana nasib Puteri Salju Bunga Rafflesia ? Nantikan episod seterusnya.....

Jeng Jeng Jeng... Part 2 

* Kisah tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati. Cerita adalah rekaan semata-mata. Terima kasih kepada saudara Zam kerana sudi mengongsikan cerita.