Tuesday 31 December 2013

Jasamu : Datuk K.Rajagopal ( The Passion Builders )

Esok iaitu 31/12/2013 bagi peminat bolasepak tempatan ia bermakna dengan secara rasminya kontrak pengendalian K.Rajagobal terhadap Harimau Malaya telah tamat. Mestilah majoriti peminat bolasepak tanah air merasa lega akan tetapi ada segelintir peminat yang agak kecewa atau terkilan dengan cara penamatan kontrak beliau apabila FAM mengumumkannya tanpa pengetahuan Rajagobal sendiri.

Ada pihak mengatakan bahawa FAM terpaksa melakukannya kerana ianya adalah HOT TOPIC semasa tetapi bagi pihak professional ianya merupakan tindakan yang sewajarnya kerana prestasi buruk dan mengecewakan Harimau Malaya.



Datuk K.Rajagopal ataupun nama sebenar beliau Rajagopal Kupusamy Karuppiah sering terkenal dengan lagaknya bereksperiment dengan pemain sehingga menimbulkan kemarah peminat.



Namun , perlu kita ingat , dialah yang menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas Sukan Sea apabila memenanginya di Sukan Sea Laos pada 2009. Pada tahun 2011 , K.Rajagopal telah menerima pingat Panglima Jasa Negara yang dianugerahkan oleh Tuanku Mizan Zainal Abidin pada hari lahirnya.



Namun apa-apapun, Datuk K.Rajagopal telah menempa nama dalam sejarah bolasepak Malaysia yang pasti diingati, tidak kiralah dengan cara apa sekali pun. Bak kata penyokong Kedah " Biar Jasa Jadi Kenangan "

Bagi aku K.Rajagopal adalah ' The Passion Builders ' ataupun pemangkin semangat bola tempatan.

DATUK K.RAJAGOPAL , JASAMU AKAN KAMI KENANG !