Friday 18 April 2014

Bolasepak Itu Passion

Bolasepak adalah satu sukan yang universal, tidak kiralah tua, muda. Semuanya mempunyai passion yang tersendiri terhadap bolasepak. Samada bolasepak tempatan ataupun Eropah.Semuanya adalah seni dan rencah dalam bolasepak.



Kali ni aku nak sentuh pasal bolasepak Eropah. Di Malaysia, tentulah ada kelab-kelab penyokong kelab Eropah seperti Chelsea, Manchester United dan Liverpool. Namun, pada musim ini dilihat bahawa kelab-kelab bawahan di Eropah banyak membuat kejutan.

Dengan meningkatnya prestasi kelab-kelab 'underdog' ni, mereka telah menarik minat rakyat Malaysia

Juga sudah ada kelab-kelab penyokong lain seperti, QPR,Cardiff,Everton,Leicester.. perubahan ini merupakan sesuatu yang bagus. Mungkin ada yang mengatakan bahawa pasukan 'baru nak up', 'baru tengok bola','lalang' .. bagi aku, biarlah yang penting adalah passion. Passion adalah keghairahan, minat terhadap bolasepak. Lalang didalam bolasepak bukankah meriah ? sokong lebih daripada satu kelab, at least si penyokong dapat merasa pelbagai variasi bolasepak. Cuma ada satu golongan yang merosakkan passion bolasepak, iaitu golongan yang menyalahkan pasukan yang tiada kena mengena dengan kekalahan pasukan kesayangan mereka.



Kesimpulanya, semakin hari, semakin bertambahlah peminat bolasepak Eropah, ianya bagus asalkan mereka tahu membezakan antara bolasepak Eropah dan bolasepak tempatan. Passion bolasepak luar dan bolasepak tempatan adalah sangat berbeza.

Bolasepak adalah sukan universal dan menyeronokkan. Tetapi rasuah, bookie, penyokong tak rasional dan isu perkauman membuatkan bolasepak hilang passion.



Fair Play, No to Racism

Wednesday 16 April 2014

Kenali Lagenda - Lev Yashin

Artikel kali ini adalah mengisahkan tentang penjaga gol terbaik dunia dalam sejarah, Lev Yashin ataupun nama sebenarnya Lev Ivanovich Yashin. Berbangsa Russia. 

Yashin atau nama gelarannya, The Black Spider merupakan satu-satunya penjaga gol yang memenangi Ballon D'or. Dia telah diundi untuk gelaran penjaga gol terbaik dunia untuk abad yang ke 20. Sememangnya Yashin memang seorang legend yang wajib diambil tahu oleh semua peminat bolasepak. Walaupun berbangsa Russia, tetapi Yashin mewakili Soviet Union USSR. Beliau bermain untuk Dynamo Moscow di liga Russia. 

Yashin juga telah menyelamatkan 151 penalti dari 812 perlawananan. 78 caps bersama USSR dan bolos 70 gol. 12 caps di World Cup dengan 4 perlawanan tanpa bolos serta 270 perlawananan tanpa bolos keseluruhan. 

Lev Yashin 22 October 1929 - 20 March 1990 RIP

Yashin memulakan perlawanan pertamanya dengan Dynamo Moscow pada perlawanan persahabatan. Yashin tidak bermula dengan baik apabila Yashin membiarkan bola yang lemah melepasi garisan gol hasil dari clearance penjaga gol pihak lawan. Dia hanya bermain 1 lagi perlawanan musim itu dan tidak bermain untuk 3 tahun berikutnya.

Tetapi Yashin tidak mudah mengalah, dia tetap yakin dan percaya, dia tetap menunggu untuk peluang itu tiba.Beliau bermain selama 20 tahun untuk Dynamo Moscow, memenangi 5 kali kejuaraan liga USSR dan 3 kali USSR Cup. 

Lev Ivanovich Yashin mati pada 20 March 1990, pada usia 60 tahun akibat kanser perut. Makam tugu telah dibina bagi menghormati beliau sebagai tokoh sukan Russia. Semenangnya lagenda akan tetap dikenang. Biar jasa jadi kenangan. 

Daripada seorang budak yang bekerja di kilang ketenteraan, dari seorang pemain yang diketepikan.. kini diingati di seluruh dunia. 

" Jenis apakah penjaga gol yang tidak menyesal akan gol yang dilepaskannya ? Dia mesti menyesal, mesti resah, jika dia tenang, maka semuanya akan berakhir. Tidak kiralah apa yang dia telah capai pada masa lalu, dia tidak mempunyai masa depan " - Lev Yashin

"RIP"

Tuesday 15 April 2014

Kenali Lagenda : Gianpiero Combi

Sebelum ni, aku ada buat artikel pasal Tradisi Penjaga Gol Bayern , kali ni aku nak bercerita pasal penjaga gol Grande Gianpiero Combi. Merupakan keeper paling Grande untuk Italy. Menang 5 kali berturut-turut tittle Serie A. Bermain sebanyak 367 penampilan untuk Juventus dan 47 caps untuk Italy.

Beliau memegang rekod penampilan terbanyak bagi penjaga gol bagi Juventus selama 40 tahun sebelum Dino Zoff memecahkannya dengan 476 penampilan. Bersama Virginio Rosetta dan Umberto Caligaris, Combi telah membentuk satu barisan pertahanan yang kental. Pada tahun 1926, mereka hanya bolos 18 gol untuk musim itu. Trio kereta kebal ini dikenali sebagai ( Combi-Rosetta-Caligaris )

Gianpiero Combi - One-club man

Combi juga berada dalam skuad Azzuri pada Piala Dunia 1934. Melakukan 2 penyelamatan yang hebat pada semi-final menentang Austrian Wunderteam memastikan Italy layak ke final sekaligus menjadi juara Piala Dunia 1934. Bermain selama 510 minit dan hanya bolos 3 gol.



Combi mempunyai rekod tanpa bolos selama 938 minit dan menjadi salah seorang dari 3 penjaga gol yang menjuarai Piala Dunia sebagai kapten. Beliau juga dikenali sebagai Uomo di Gomma ( Orang Getah ) kerana kepantasan beliau menyelamatkan bola.

Sunday 13 April 2014

Kenali Lagenda : Pierlugi Collina

Mutu pengadilan adalah satu topik yang sedang hangat dibincangkan pada masa kini. Keputusan-keputusan kontroversi telah mem'femes'kan para pengadil bolasepak, mahupun di Malaysia ataupun seantero dunia.

Kadang-kadang aku pun tak puas hati, tapi bila fikir balik mereka tiada replay di stadium. Semuanya berlaku dengan pantas. Kalau pengadil alert, nasiblah. Harini aku nak bercerita pasal seorang pengadil yang boleh dikatakan legend dalam dunia bolasepak. Telah memenangi pengadil terbaik tahunan sebanyak 6 kali berturut turut. Boleh dikatakan beliau adalah pengadil terbaik semasa zaman beliau. Tapi, siapa ? Beliau adalah Pierluigi Collina. Dibawah ada sidikit biodata beliau :

Nama : Pierluigi Collina
DOB : 13 FEB 1960
Tempat Lahir : Bologna, Italy

Dulu beliau adalah seorang pemain bek tengah untuk pasukan tempatan sewaktu remaja ( berambut ). Lepastu bersara dan ambik jurusan pengadil bolasepak. Collina telah mengadili lebih 43 perlawanan kompetitif liga Italy sebelum dipilih menjadi pengadil bertaraf FIFA. Dia telah dibenarkan mengadili 5 perlawanan Sukan Olimpik 1996 di Atlanta termasuk final.

Collina menghidap penyakit Alopecia dimana tiada sehelai rambutpun pada badan beliau. Beliau tidak mempunyai walaupun bulu kening. Telah diberi gelaran Kojak.  

Kemudian, dia mengadili perlawanan UEFA Champions League final tahun 1999. Dimana Bayern Munich telah ditewaskan oleh Man United pada minit akhir. Dia menyifatkan bahawa gol terahir Man United itu merupakan saat yang akan diingati. Baginya gol itu seperti ngauman singa. Kemuncak kerjaya beliau telah mengadili final World Cup 2002 antara Brazil menentang German. Jangan tak tahu, Germany ada badi apabila Collina jadi reff.

Sampaikan keeper terbaik dunia, Oliver Kahn ada mengeluarkan statment..

" Collina adalah pengadil yang 'world-class' . tetapi dia tidak membawa tuah kepada kami. "
Kenyataan ni ditujukan kepada kekalahan 2-1 Bayern kepada Man United dan kekalahan 5-1 Germany menentang England. Badi masih lagi berterusan kepada Kahn kerana pada perlawanan itu mereka tewas 2-0 kepada Brazil.

Sememangnya Collina ni seorang reff yang adil. Seorang yang tegas dan peka. Dan semestinya mana-mana reff pun tak terlepas dari kontroversi dan kutukan. Termasukla Collina ni.

Perlawanan kompetitif terakhir yang diadili adalah perlawanan Portugal vs Slovakia pada kelayakan Piala Dunia 2006. Collina juga pernah jadi model untuk cover PES 2003 & 2004.





Collina pernah menulis buku tentang dirinya yang bertajuk 'Le Mie Regole del Gioco' ( My Rules of the Game )


Kalaulah ada pengadil begini di Malaysia. Tapi apa yang terjadi disetiap perlawanan bolasepak itu adalah seni. Setiap pergerakan adalah rencah dalam bolasepak. Dive sekalipun, semua itu adalah rencah bolasepak, kemeriahan. Ambil positif setiap perkara.

"Hormati perbezaan, raikan persamaan"
"Fair To Play , No to Racism"