Thursday 29 December 2016

Mental Gila

Malaysia ini sebenarnya adalah sebuah negara yang unik. Rakyatnya berbilang kaum dan dapat hidup bersama dengan harmoni (walaupun ada juga beberapa kejadian yang tidak harmoni)

Tetapi sayangnya, kebanyakan status mentaliti rakyat Malaysia masih berada di tahap ketiga. Mungkin kerana keadaan ekonomi negara pun masih berada di ekonomi negara dunia ketiga.(hari ni aku bukan nak cakap pasal ekonomi)

Bila kita sebut 'WAD PSIKIATRI' atau 'KLINIK PSIKIATRI' aku pasti hampir semua rakyat Malaysia akan menggangap itu adalah tempat bagi orang tidak waras@gila. Aku ni bukanlah kaunselor jauh sekali doktor, tetapi aku tahu bahawa ada bezanya antara orang gila dan pesakit mental. Sebagai contohnya, kau panas baran, cepat marah maka kau pun ada masalah mental.

Thursday 19 June 2014

Embrace of the soul | Kisah Passion Bolasepak

Bolasepak itu untuk semua, tidak kira bangsa dan agama. Passion yang ada pada setiap orang berbeza namun realitinya sama, mahu melihat kejayaan. Apabila passion mencapai tahap maksima, tiada kata-kata dapat terucap. Hanya diri sendiri yang tahu. Air mata kegembiraan berlinangan, dunia seolah-olah terhenti seketika.



"Embrace of the soul" Itulah gelaran yang diberikan kepada gambar ini. Secara kasarnya, gambar ini menunjukkan seorang lelaki yang kudung kedua belah tangannya ingin bersama meraikan kejayaan bersama pemain. Pemain itu adalah terdiri daripada penjaga gol Argentina, Ubaldol Fillol dan bek kiri Argentina Alberto Tarantini. Mereka sedang meraikan kejayaan Argentina menjulang trofi keramat Piala Dunia buat pertama kalinya setelah membenam Belanda dengan keputusan 3-1. Dengan tiba-tiba, seorang lelaki kudung datang entah dari mana, dan bersama ingin berpeluk bersama mereka.

Kejadian ini sempat dirakam oleh lensa dan gambar ini telah menjadi kebanggaan pasukan Argentina untuk kejayaan mereka disebalik kesusahan hidup di bumi sendiri. Argentina ketika itu diperintah oleh junta tentera yang diketuai oleh Jeneral Jorge Rafael Videla. Negara Amerika Selatan itu mengalami kepayahan dari segala aspek. Ekonomi, taraf kehidupan,pendidikan dan jenayah berleluasa serta tekanan yang dihadapi daripada pihak tentera. Sehinggakan penganjuran Piala Dunia 1978 hampir dibatalkan.

Sememangnya kejayaan itu sangat bermakna kepada rakyat Argentina. Seolah-olah perjuangan mereka akhirnya berbaloi. Itulah yang dinamakan passion bolasepak. Kita tidak boleh menjangka ataupun meramal tentang passion bolasepak. Kerana ianya tidak boleh dibeli.

Credit : RBS

Tuesday 10 June 2014

Piala Dunia : Nostalgia Piala Dunia 1982 [ THIS IS TRUE PASSION ]

Piala Dunia edisi ke 12 telah diadakan di Sepanyol pada tahun 1982. Dimana menyaksikan Italy memperolehi kejuaraan yang ketiga. RTM pada ketika itu sudah mula menyiarkan siaran langsung piala dunia. Piala Dunia 1982 bukanlah kali pertama RTM menyiarkan siaran langsung, RTM sudah mula menyiarkan siaran langsung piala dunia sejak edisi 1974 dan 1978. Namun, ianya bukan meliputi kesuluruhan perlawanan, hanya perlawanan penting sahaja disiarkan.


Ketika Piala Dunia 1982, RTM mengumumkan bahawa mereka hanya akan menyiarkan 4 perlawanan siaran langsung sahaja. Iaitu perlawanan pembukaan, 2 perlawanan separuh akhir dan final. Alasannya adalah tidak cukup dana utnuk menampung kos siaran langsung yang mahal. 

Pada tarikh 13 JUN 1982, perlawanan pembukaan diantara Belgium & Argentina. Belgium membuat kejutan dengan menewaskan juara bertahan Argentina. Ini sekaligus telah menaikkan perasaan keterujaan rakyat Malaysia. Tetapi malangnya, mereka harus 'berpuasa' daripada menonton piala dunia kerana siaran langsung seterusnya adalah pada perlawanan separuh akhir. 


Keesokan harinya seorang ejen insurans bernama Peter Teo telah menelefon akhbar berbahasa inggeris, The Malay Mail dan memberi cadangan supaya setiap rakyat Malaysia menyumbang RM1 dalam satu dana dalam usaha untuk membiayai kos penyiaran siaran langsung piala dunia.

Cadangan itu diterima baik oleh pihak The Malay Mail & RTM. The Malay Mail kemudiannya telah melancarkan kempen People's Live Telecast Fund ( PLTF ) selepas mendapat pengesahan persetujuan daripada pihak RTM. PLTF menyasarkan dana terkumpul sebanyak RM60 000 bagi satu siaran langsung. Ianya harus dilakukan sebelum tamatnya Piala Dunia.

Pada hari pertama pelancaran PLTF 19 JUN 1982, hanya RM228 sahaja yang terkumpul. Tetapi jimlah itu meningkat secara mendadak pada hari berikutnya.

Ribuan rakyat Malaysia datang sendiri ke pejabat The Malay Mail bagi memberikan sumbangan ini termasuk, orang perseorangan, syarikat, wakil NGO, kanak kanak yang membawa tabung sendiri, dan tidak lupa juga penduduk kampung yang mengumpulkan dana dan menghantar soerang wakil untuk menyampaikannya.

Jika pada 20 JUN 1982 jumlah dana terkumpul hanya lah RM730, jumlah itu meningkat kepada RM5000 pada 21 JUN 1982. Pada 22 JUN 1982 jumlah dana terkumpul adalah sejumlah RM20 000 dan jumlah itu menjadi dua kali ganda pada esok harinya iaitu RM40 000.

Akhirnya pada 23 JUN iaitu 4 hari selepas pelancaran kempen PLTF, jumlah dan terkumpul telah mencapai sasaran malah melebihi daripada sasaran iaitu RM66, 116.45. Setelah telah mendapat wang yang mencukupi untuk mendapat satu siaran langsung, pihak The Malay Mail membuat gesaan kepada seluruh rakyat Malaysia agar menderma sebanyak mungkin supaya dapat menampung kos 2 atau 3 lagi siaran langsung.

Setiap hari, Akhbar The Malay Mail akan menyenaraikan setiap nama penderma didalam akhbar itu. Termasuklah nama Yang-Dipertuan Agong Sulrtan Ahmad Shah & Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad.

Pada 25 JUN 1982, jumlah dana terkumpul adalah RM 90 000, dan syarikat Caltex Malaysia telah menderma sebanyak RM50 000. Akhirnya jumlah kutipan akhir PLTF adalah sebanayak RM300 000. Cukup untuk menampung 4 perlawanan siaran langsung.

RTM berjaya menyiarkan 4 siaran langsung tambahan dengan bantuan 'Dana Raykat Malaysia' iaitu

England vs German Barat - 29 JUN 1982
Soviet Union vs Poland - 5 JULAI 1982
Itali vs Brazil - 6 JULAI 1982
England vs Sepanyol - 6 JULAI 1982

Baki dana yang berbaki telah digunakan untuk siaran langsung perlawanan amal UNICEF pada 7 OGOS 1982 yang melibatkan pemain handalan dari seluruh dunia. Antaranya ialah bintang Brazil, Zico.

Paling menarik ialah, disetiap perlawanan yang disebut diatas akan tertera perkataan "DITAHA OLEH RAKYAT MALAYSIA" Walaupun hanya 8 perlawanan sahaja yang disiarkan pada Piala Dunia pada tahun itu, ianya sangat berbaloi. Rakyat Malaysia bersatu tanpa mengira bangsa, agama dan status kedudukan. 

Monday 9 June 2014

Piala Dunia [ Brasil 2014 ] : Brazil & kemiskinan

Menjelang beberapa hari sahaja lagi sebelum sepak mula Piala Dunia Brasil 2014. Piala Dunia adalah satu kejohanan paling berprestij di dunia. Satu kejohanan 4 tahun sekali yang akan dinantikan oleh seluruh dunia. Pada edisi kali ini, Brasil telah dipilih menjadi tuan rumah. Walaupun Brasilia merupakan ibu negara Brazil, Rio De Janeiro telah dipilih sebagai lokasi utama Piala Dunia pada kali ini.



Namun disebalik kemeriahan dalam piala dunia kali ini, terdapat beberapa perkara yang kurang menyenangkan. Antaranya adalah bantahan daripada sebahagian penduduk Brazil dek kerana faktor kemiskinan. Sekitar $11 Billion telah digunakan untuk membangunkan stadium dan membuat persiapan bagi menghadapi piala dunia. Mengikut kajian daripada Pew Research Center, sekitar 72% daripada rakyat Brazil tidak suka dengan penganjuran kejohanan paling berprestij dunia itu di negara mereka. Mereka berpendapat bahawa duit itu boleh digunakan untuk pembangunan sosial untuk para miskin tegar. 6/10 rakyat Brazil mengatakan bahawa penganjuran piala dunia di Brazil ada perkara yang teruk kerana ianya mengambil bajet daripada perkhidmatan awam seperti hospitaliti dan pendidikan.

Bank dunia menganggarkan bahawa 16% rakyat negara itu hidup dalam kemiskinan. Meskipun begitu, penganjuran piala dunia dijangka dapat menarik 3million pelancang dan membawa masuk $3billion.

Brazil adalah negara ikon bolasepak. Mereka telah memenangi 5 kali piala dunia. Suatu pencapaian yang belum pernah dicapai oleh mana-mana negara. Brazil merupakan negara yang fanatik bolasepak. Mereka telah melahirkan lagenda-lagenda bolasepak dunia seperti Pele, Ronaldo, Ronaldinho, Roberto Carlos dan ramai lagi. Namun mereka ini juga berasal dari keluarga yang miskin. Mereka pernah merasa bermain di jalan, bermain di tepi lorong.



Lagenda Man Utd, Eric Cantona ada membahaskan isu ini.


  • " Bagi bintang-bintang ini, bolasepak adalah 50% permainan fizikal, selebihnya adalah permainan mental. Di dalam padang mereka berjaya kerana bolasepak bukan sekadar hanya kemampuan serta kebolehan untuk bermain, tetapi bolasepak juga memerlukan kemampuan mental. Kemampuan mental hanya boleh diasah di tempat yang membuat anda berjuang. Iaitu di jalanan.  "

Eric Cantona juga menyatakan bahawa peraturan FIFA tidak membenarkan orang Brazil berdiri sewaktu berada didalam stadium seperti menghapuskan budaya Brazil. Iaitu berdiri dan menari sewaktu menonton bola.

Bagi aku, Brazil telah melakukan kesilapan dengan menganjurkan piala dunia pada kali ini. Namun kita perlu mengambil positif setiap perkara. Enjoy the game

Saturday 7 June 2014

Sejarah kad kuning & kad merah

Kad merah & kad kuning mula diperkenalkan pada tahun 1970 di Piala Dunia. Namun idea dan inspirasi untuk memperkenalkan kad merah & kad kuning tercetus di Piala Dunia 1966 ketika perlawanan England menentang Argentina di peringkat suku akhir.

Pada perlawanan itu, kapten Argentina Antonio Rattin telah diarahkan untuk keluar padang selepas melakukan asakan yang keras terhadap pemain England oleh pengadil bertugas, Rudolf Kreitlein. Tetapi kapten Argentina itu enggan keluar kerana tidak faham akan bahasa yang dituturkan pengadil Rudolf Kreitlein. Kreitlein hanya tahu berbahasa Jerman & Inggeris. Manakala bahasa rasmi Argentina adalah bahasa Sepanyol. Sehinggakan pengadil Inggeris, Ken Aston yang tahu berbahasa Sepanyol datang menjelaskan kepada Rattin. Antonio Rattin diiringi oleh 2 orang polis semasa keluar dari padang.



Disebabkan masalah ini, Ken Aston berfikir mungkinkah ada cara yang universal yang dapat difahami oleh semua pemain bolasepak ketika pengadil memberikan amaran ataupun mengarahkan mereka keluar padang. Jadi tidak perlulah para pengadil dan pemain menghadapi kesulitan sewaktu berhadapan dengan situasi yang menimpa Rudolf Kreitlein dan Antonio Rattin. Cetusan ideanya datang apabila melihat lampu isyarat. Iaitu kuning tanda bersedia & merah tanda berhenti. Aston telah mencadangkan kepada FIFA supaya disediakan kad kuning untuk memberi amaran dan peringatan kepada pemain, dan kad merah sekirannya kekasaran yang dilakukan terlalu teruk dan pemain itu harus meninggalkan padang serta merta.

Pada Piala Dunia 1970, sistem kad kuning dan kad merah telah diperkenalkan. kad merah pertama telah dilayangkan kepada David Wagstaff yang bermain untuk Blackburn Rovers di Football League pada tahun 1976.

Trivia

Gary Lineker adalah pemain yang tidak pernah mendapat sebarang kad.

Wednesday 21 May 2014

Aku & Membaca

Aku sebenarnya lebih suka membaca komik & majalah daripada buku-buku seperti novel. Tapi tak bermakna aku tak suka membaca buku-buku macam tu. Aku juga suka membaca cerpen-cerpen pendek. Pada aku, bila kita membaca kita berada didalam dunia sendiri. Kita bebas membayangkan sendiri situasi didalam buku.



Aku lebih suka membaca sambil baring. Ada yang suka baca sambil meniarap, sambil duduk. Badan akan terasa lebih selesa dan otak akan berada dalam keadaan relax apabila kita berbaring. Bila bosan, aku akan mengambil satu buku atau majalah dan ulang baca. Lagi-lagi bila sudah beberapa jam menghadap komputer. Aku akan capai satu buku dan akan berbaring disofa. Minat aku terhadap membaca ni masih baru. Sekitar tahun 2011, aku membeli komik pertama berjudul "Lawak Pandaman" hasil teruja tengok kawan-kawan beli. Tahun tu aku beli mungkin dalam 15 komik juga. Most of them, hilang. Lawak Pandaman tu pun dah terlepas ke tangan anak saudara aku yang berusia 4 tahun. Aku mula mengumpul komik secara serius dari tahun 2013. Beli 5-6 komik, habis dalam sehari. Repeat lagi sampai minggu depan. Then beli yang baru.

Kemudian aku berhenti kejap sebab beli PC baru, kenalah buat sesi orientasi beberapa bulan. Hahaha, kini boleh kata aku kembali aktif. Sekarang aku mempunyai kira-kira 60 buah komik dan berpuluh-puluh majalah bola dan majalah kartun. Aku pulak tak suka jenis komik anime Jepun, aku lebih suka komik Malaysia. Aku pernah memberanikan diri beli komik anime Jepun yang dialih bahasa. Tetapi akhirnya baca tak habis pun. Tapi aku minat komik seperti Doraemon & Detektif Conan. Bagi aku, itulah Anime 'original'

Bagi aku, lukisan kartunis Jepun terlalus halus\. Tidak kena dengan citarasa aku. Aku suka dengan komik yang kasar. Bukan bermaksud jalan ceritanya kasar, tapi lakarannya. Antara pelukis kegemaran aku adalah Zint, Ben Wong, Keith & Joe

Bawah ini adalah koleksi aku semasa entri ini ditulis. Tidaklah banyak mana, tapi aku puas. Masih mencari !



Isu Pengadil Malaysia

Isu pengadil sudah lama dibangkitkan. Di Asia, Jepun sahaja yang mempunyai status pengadil professional. Seperti di sesetengah negara Eropah, mereka mempunyai pertubuhan pengadil sendiri. Dimana persatuan ini bebas dan tidak terikat dengan FA. Sebilangan lagi menggunakan khidmat pengadil yang diikat secara kontrak. Di Malaysia, selari dengan slogan 1 Malaysia sesiapa boleh menjadi pengadil asalkan beliau menghafal buku panduan FIFA ( kah kah kah ) tanpa mengira status. Guru, bekas askar, ahli bomba. Asalkan tidak terlibat secara langsung dengan FA negeri.



Bayaran kepada pengadil utama adalah RM500 manakala pembantu pengadil hanya mendapat RM400. Dan bookie menawarkan upah lumayan sehingga RM5000. Tidak heranlah pengadil yang tak tahan nafsu ambik upah bookie. Malaysia sepatutnya membuat satu persatuan untuk pengadil. Bayar RM5000-Rm10000 setiap bulan. Jangan jadikan pengadil sebagai kerja part time. FAM harus menjadikan pengadil ini sebagai kerjaya. Barulah bookie & match fixing boleh dibanteras. Institut pengadil ini juga perlu menjadi mahkamah bolasepak. Menjadi badan pertubuhan bebas antara FA dan penyokong serta pemain. Isu bookie ini masih wujud meliar dalam negara. Badan bertanggungjawab perlu bertindak, bukan duduk sahaja dan buat macam benda tidak berlaku.



Pengadil yang hebat dibantu oleh pembantu pengadil yang bagus. Perlawanan didalam stadium berlaku dengan pantas. Kadang-kadang pengadil tidak sempat melihat. Itu lah gunannya pembantu pengadil. Penggunaan 'advantage' itu perlu digunakan dengan sebaiknya. Jangan foul dibawah, bola sudah sampai ke kotak penalti pihak lawan baru nak tiup wisel, itu bodo namanya.

FAM perlu menjaga kebajikan para pengadil. Jangan biarkan mereka. Kerana tiap-tiap keputusan pengadil diatas padang pada masa sekarang akan membawa kesan sehingga keluar stadium. Majulah bolasepak Malaysia !