Saturday 7 June 2014

Sejarah kad kuning & kad merah

Kad merah & kad kuning mula diperkenalkan pada tahun 1970 di Piala Dunia. Namun idea dan inspirasi untuk memperkenalkan kad merah & kad kuning tercetus di Piala Dunia 1966 ketika perlawanan England menentang Argentina di peringkat suku akhir.

Pada perlawanan itu, kapten Argentina Antonio Rattin telah diarahkan untuk keluar padang selepas melakukan asakan yang keras terhadap pemain England oleh pengadil bertugas, Rudolf Kreitlein. Tetapi kapten Argentina itu enggan keluar kerana tidak faham akan bahasa yang dituturkan pengadil Rudolf Kreitlein. Kreitlein hanya tahu berbahasa Jerman & Inggeris. Manakala bahasa rasmi Argentina adalah bahasa Sepanyol. Sehinggakan pengadil Inggeris, Ken Aston yang tahu berbahasa Sepanyol datang menjelaskan kepada Rattin. Antonio Rattin diiringi oleh 2 orang polis semasa keluar dari padang.



Disebabkan masalah ini, Ken Aston berfikir mungkinkah ada cara yang universal yang dapat difahami oleh semua pemain bolasepak ketika pengadil memberikan amaran ataupun mengarahkan mereka keluar padang. Jadi tidak perlulah para pengadil dan pemain menghadapi kesulitan sewaktu berhadapan dengan situasi yang menimpa Rudolf Kreitlein dan Antonio Rattin. Cetusan ideanya datang apabila melihat lampu isyarat. Iaitu kuning tanda bersedia & merah tanda berhenti. Aston telah mencadangkan kepada FIFA supaya disediakan kad kuning untuk memberi amaran dan peringatan kepada pemain, dan kad merah sekirannya kekasaran yang dilakukan terlalu teruk dan pemain itu harus meninggalkan padang serta merta.

Pada Piala Dunia 1970, sistem kad kuning dan kad merah telah diperkenalkan. kad merah pertama telah dilayangkan kepada David Wagstaff yang bermain untuk Blackburn Rovers di Football League pada tahun 1976.

Trivia

Gary Lineker adalah pemain yang tidak pernah mendapat sebarang kad.

No comments:

Post a Comment