Tuesday, 10 June 2014

Piala Dunia : Nostalgia Piala Dunia 1982 [ THIS IS TRUE PASSION ]

Piala Dunia edisi ke 12 telah diadakan di Sepanyol pada tahun 1982. Dimana menyaksikan Italy memperolehi kejuaraan yang ketiga. RTM pada ketika itu sudah mula menyiarkan siaran langsung piala dunia. Piala Dunia 1982 bukanlah kali pertama RTM menyiarkan siaran langsung, RTM sudah mula menyiarkan siaran langsung piala dunia sejak edisi 1974 dan 1978. Namun, ianya bukan meliputi kesuluruhan perlawanan, hanya perlawanan penting sahaja disiarkan.


Ketika Piala Dunia 1982, RTM mengumumkan bahawa mereka hanya akan menyiarkan 4 perlawanan siaran langsung sahaja. Iaitu perlawanan pembukaan, 2 perlawanan separuh akhir dan final. Alasannya adalah tidak cukup dana utnuk menampung kos siaran langsung yang mahal. 

Pada tarikh 13 JUN 1982, perlawanan pembukaan diantara Belgium & Argentina. Belgium membuat kejutan dengan menewaskan juara bertahan Argentina. Ini sekaligus telah menaikkan perasaan keterujaan rakyat Malaysia. Tetapi malangnya, mereka harus 'berpuasa' daripada menonton piala dunia kerana siaran langsung seterusnya adalah pada perlawanan separuh akhir. 


Keesokan harinya seorang ejen insurans bernama Peter Teo telah menelefon akhbar berbahasa inggeris, The Malay Mail dan memberi cadangan supaya setiap rakyat Malaysia menyumbang RM1 dalam satu dana dalam usaha untuk membiayai kos penyiaran siaran langsung piala dunia.

Cadangan itu diterima baik oleh pihak The Malay Mail & RTM. The Malay Mail kemudiannya telah melancarkan kempen People's Live Telecast Fund ( PLTF ) selepas mendapat pengesahan persetujuan daripada pihak RTM. PLTF menyasarkan dana terkumpul sebanyak RM60 000 bagi satu siaran langsung. Ianya harus dilakukan sebelum tamatnya Piala Dunia.

Pada hari pertama pelancaran PLTF 19 JUN 1982, hanya RM228 sahaja yang terkumpul. Tetapi jimlah itu meningkat secara mendadak pada hari berikutnya.

Ribuan rakyat Malaysia datang sendiri ke pejabat The Malay Mail bagi memberikan sumbangan ini termasuk, orang perseorangan, syarikat, wakil NGO, kanak kanak yang membawa tabung sendiri, dan tidak lupa juga penduduk kampung yang mengumpulkan dana dan menghantar soerang wakil untuk menyampaikannya.

Jika pada 20 JUN 1982 jumlah dana terkumpul hanya lah RM730, jumlah itu meningkat kepada RM5000 pada 21 JUN 1982. Pada 22 JUN 1982 jumlah dana terkumpul adalah sejumlah RM20 000 dan jumlah itu menjadi dua kali ganda pada esok harinya iaitu RM40 000.

Akhirnya pada 23 JUN iaitu 4 hari selepas pelancaran kempen PLTF, jumlah dan terkumpul telah mencapai sasaran malah melebihi daripada sasaran iaitu RM66, 116.45. Setelah telah mendapat wang yang mencukupi untuk mendapat satu siaran langsung, pihak The Malay Mail membuat gesaan kepada seluruh rakyat Malaysia agar menderma sebanyak mungkin supaya dapat menampung kos 2 atau 3 lagi siaran langsung.

Setiap hari, Akhbar The Malay Mail akan menyenaraikan setiap nama penderma didalam akhbar itu. Termasuklah nama Yang-Dipertuan Agong Sulrtan Ahmad Shah & Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad.

Pada 25 JUN 1982, jumlah dana terkumpul adalah RM 90 000, dan syarikat Caltex Malaysia telah menderma sebanyak RM50 000. Akhirnya jumlah kutipan akhir PLTF adalah sebanayak RM300 000. Cukup untuk menampung 4 perlawanan siaran langsung.

RTM berjaya menyiarkan 4 siaran langsung tambahan dengan bantuan 'Dana Raykat Malaysia' iaitu

England vs German Barat - 29 JUN 1982
Soviet Union vs Poland - 5 JULAI 1982
Itali vs Brazil - 6 JULAI 1982
England vs Sepanyol - 6 JULAI 1982

Baki dana yang berbaki telah digunakan untuk siaran langsung perlawanan amal UNICEF pada 7 OGOS 1982 yang melibatkan pemain handalan dari seluruh dunia. Antaranya ialah bintang Brazil, Zico.

Paling menarik ialah, disetiap perlawanan yang disebut diatas akan tertera perkataan "DITAHA OLEH RAKYAT MALAYSIA" Walaupun hanya 8 perlawanan sahaja yang disiarkan pada Piala Dunia pada tahun itu, ianya sangat berbaloi. Rakyat Malaysia bersatu tanpa mengira bangsa, agama dan status kedudukan. 

No comments:

Post a Comment