Tuesday 20 August 2013

Raja Namrud & Tentera Nyamuk

Assalamualaikum ~
Salam 1 Malaysia ~

Mulai hari ini , aku nak menambah satu slot ( chewaah , slot konon ) iaitu slot KISAH TELADAN . Slot ini akan menceritakan pelbagai kisah-kisah teladan Islam . Aku akan cuba mencari cerita-cerita yang menarik. Bolehlah kita berkongsi bersama . 

Untuk cerita pembukaan , aku akan ceritakan bagaimana kisah RAJA NAMRUD & NYAMUK . 

Suatu ketika Kota Babylon (kini Iraq) yang diperintah Raja Namrud megah dengan ketinggian tamadunnya. Namun masyarakat purba itu begitu naif dalam beragama. Sekian lama mereka menjadikan patung-patung sebagai Tuhan. 
Di saat Namrud dan orang-orang Babylon tenggelam dalam kesyirikan, Allah mengutuskan Nabi Ibrahim Al-Khalil bagi menyeru mereka kembali menyembah Tuhan yang Esa.
Malangnya dakwah Nabi Ibrahim disambut kata-kata nista dan digelar orang gila.
Namrud bukan sahaja ingkar malah sanggup mengerah rakyatnya menyalakan unggun api unruk membakar Nabi Ibrahim. Baginda dlikat pada manjanik (lastik besar) lalu dilontar-kan ke dalam api yang sedang marak.
Bagaimanapun Allah menyelamatkan pesuruh-Nya itu dengan memerintahkan api agar tidak menyambar tubuh baginda. Namun kejadian itu langsung tidak menginsafkan Namrud. (Surah Al-Anbiya: 69-70)
Namrud yang mempunyai ratusan bala tentera mencabar Nabi Ibrahim dengan penuh angkuh.
"Sekiranya Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah mereka supaya berperang dengan aku," kata-nya kepada Nabi Ibrahim.
Justeru Nabi Ibrahim bermunajat memohon bantuan Allah. Sampailah satu kerika, Namrud dan tenteranya berkumpul di padang yang luas, Allah memerintahkan nyamuk agar menyerang mereka.

Tentera Namrud ketakutan apabila ruang angkasa berubah menjadi gelap. Jutaan nyamuk menuju ke arah mereka dengan dengungan yang membingitkan.
Tentera Namrud kebingungan. Mereka bertempiaran cuba menyelamatkan diri. Namun seorang demi seorang rebah menyembah bumi menjadi 'ratahan' nyamuk yang rakus menghisap darah.
Namun Allah menangguhkan kematian Namrud agar dia dapat menyaksikan sendiri kehancuran tenteranya kerana berani mencabar Tuhan. Namrud dibiarkan pulang ke mahligainya dalam keadaan penuh terseksa akibat gigitan nyamuk di seluruh tubuhnya.
Selama tiga hari nyamuk menghurung pekarangan mahligai Namrud. Bagaimanapun selama tempoh itu ternyata dia tetap enggan bertaubat. Lantas serangga kecil itu menyelinap masuk ke lubang hidung serta seluruh rongga raja yang angkuh itu. Dia menggelupur dan menjerit menanggung kesakitan yang amat sangat. Beberapa ketika kemudian Namrud menemui ajalnya.
 

Cerita ini mengajar kita tentang sifat keinsafan dan menilai betapa besarnya kekuasaan Allah ! . Ingat ! semua makhluk,setiap zarah-zarah setiap sudut di alam cakerawala ini adalah kepunyaan Allah SubhanAllahuataala !. Kita ini hanya menjadi khalifah dimuka bumi ini sahaja. Setiap apa yang kita lakukan,fikirkan semuanya Allah tahu. Betapa besarnya kuasa Allah. Kalau difikir-fikir , rasa gerun pun ada. 

Sekian sahaja ~