Thursday 27 February 2014

Kisah Kuaci Fans

Kuaci Fans

Apabila aku cari maklumat tentang Kuaci Fans ini mula-mula aku menganggap yang diaorang ini lalang. Hanya menyokong ketika menang, bila jatuh menghilang. Tapi bila terbaca dekat satu lama Facebook, memang persepsi aku berubah habis.

Jika dilihat dulunya semasa zaman gelap bolasepak Malaysia, boleh dikatakan memang stadium hampir kosong. Tetapi Kuaci Fans inilah yang tetap setia ke stadium. Bukan untuk menyokong, tetapi hanya sekadar menonton. Alasannya adalah bosan dan tiada hiburan lain. Apabila sudah wujud sinar mentari dalam bolasepak Malaysia, mereka terus hadirkan diri menunggu masa untuk jatuh semula bolasepak Malaysia supaya dapat kembali ke perangai asal.

Namun, setelah sekian lama .. makin banyak aura positif didalam bolasepak Malaysia. Maka mereka berdiam diri dan menunggu masa. Tetapi mereka tetap ke stadium. menghabiskan duit membeli kuaci,burger dan tiket. Sebelum wujudnya ULTRAS ataupun penyokong tegar, mereka inilah generasi yang wajib turun stadium.



Mereka ini tidak kisah dengan kata-kata orang, asalkan dapat beli tiket dan masuk stadium. Janganlah kita menghina kuaci fans ini, malah hormatilah mereka. Walaupun mereka begitu, mereka sayang pasukan mereka dan negara mereka.

Tak kiralah walau macam mana sekali pun cara sokongan, yang penting ada menyumbang. Sedarlah, mereka adalah pemerhati bolasepak Malaysia.

" Raikan persamaan, hormati perbezaan "