Thursday 16 January 2014

Isu Logo Persatuan Bolasepak Kedah

Asal logo keramat Persatuan Bolasepak Kedah atau Kedah FA adalah dicipta oleh tokoh bolasepak Kedah iaitu Datuk Paduka Ahmad Basri Akil / DAB . Logo Hijau Kuning ini disifatkan keramat kerana mempunyai sejarah yang tersendiri antaranya menjulang piala Double-Treble pada musim 2007-2008. Iaitu satu pencapaian yang masih tidak tercapai oleh mana-mana kelab di Liga Malaysia sehingga ke hari ini. Logo ini telah diguna pakai selama 30 puluh tahun.


Namun baru-baru ini, KFA menyuarakan untuk menukarkan logo serta maskot Kedah . Ini menimbulkan kemarahan penyokong Kedah. Para penyokong Kedah meluahkan rasa tidak puas hati dan bantahan terhadap KFA . Setelah sebulan penyokong Kedah berkempen untuk membantah, akhirnya keputusan untuk mengekalkan logo keramat dan ditolak. Gelaran Sang kenari ditukar kepada Helang merah . Keputusan ini anggap sebagai satu transformasi yang baik oleh Presiden KFA , Dato' Mukhriz Tun Mahathir. 


Anak DAB Ahmad Husni pernah berkata bahawa beliau pernah menanyakan kepada bapanya kenapa letak burung kenari dan bukannya burung helang ? 

Jawap DAB " Helang biasa , semua negeri ada. Tapi Kenari ada warna hijau kuning, kita kan hijau kuning resmi padi kita anak Kedah? Padi masa muda hijau, bila masak jadi kuning. Itulah kita, Jelapang Padi itu kita, darah daging kita. " 

Kemudian DAB menambah lagi " Ingat, ayah pesan .. ingat bukan untuk ayah, untuk Kedah "

Bagi penyokong Kedah sendiri, kalau pengurusan nak tukar maskot tukarlah. Yang penting adalah lambang Hijau Kuning itu sendiri ! Hijau kuning adalah maruah Kedah FA sejak 1987 ! Perbuatan KFA ini disifatkan seperti tidak mengenang jasa Arwahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Akil . 

Ada beberapa perincian didalam logo baru KFA yang disifatkan seperti tiada membawa apa-apa makna kepada Kedah dan katakan tidak menarik serta peniruan gaya.

1) 12 segi ( Logo lama mempunyai 11 segi iaitu mewakili 11 daerah di negeri Kedah.
2) Bola yang digunakan di dalam logo baru dikatakan meniru gaya bola Adidas Tango.
3) Tulisan " Biar jasa jadi kenangan " itu disifatkan sebagai tiada seni.
4) Pencorakan logo seperti gaya amateur.

Kenyataan Penasihat KFA, Othman Aziz yang dianggap kurang sopan kepada penyokong Kedah menaikkan lagi kemarahan mereka. Antara kata-katanya di Utusan :

1) Penyokong tidak rasional
2) Jangan bicara nostalgia kerana ManJit miliki 6 piala
3) Helang pemangsa gagah , kenari tiada makna/kekuatan
4) Logo lama mempunyai bungan dan bola, seolah pemain bola itu Mat Bunga. Pemain jatuh semangat

Rangkaian bunga itu adalah bunga Allamanda melambangkan kemegahan pasukan.

" Biar Jasa Jadi Kenangan !! " 

Photo: ini hari punya cerita...ada lagi lepaih ni...tunggu sat

Photo: Assalamualaikum... wahai penyokong2 serta pejuang pejuang setia, esok jom kita p pendang. Yg dok area brdekatan tu jom kita sama2 suarakan bantahan kita. Jgn lupa jika rajin dan lg bagus bawak banner ka kain ka apa ka janji boleh tunjuk yang kita xmau logo hudoh tu. Sapa ada idea bernas boleh utarakan, kita atoq. 
Esok ya 10/01/2014 jam 5.30 ptg berkumpul di petronas pendang. 

Nindia org langkawi punya nak habaq hampa. Masa friendly dgn pilihan langkawi td. Habih ka xlg game tu. Credit photo pit din

Photo: Helang Merah ka Helang Google nih?