Monday 3 March 2014

Bolasepak di Kaca Televisyen

Bolasepak Malaysia, sukan bolasepak memang tidak asing lagi di Malaysia. Merupakan sukan nombor 1 di Malaysia. Dari budak-budak sehinggalah orang lama, dari kedai mamak hinggalah di dalam hotel, semua mempunyai minat dan keghairahan yang tersendiri kepada sukan bolasepak.

Namun, sejak 1 dekad yang lalu kemeriahan bolasepak Eropah telah menenggelamkan sedikit industri bolasepak negara. Dengan penubuhan Astro Sdn Bhd maka siaran-siaran bolasepak Eropah mula menarik minat rakyat Malaysia. Sekitar tahun 2000, sudah ramai anak muda yang mula menyarungkan jersi kelab-kelab Eropah. Mungkin kerana zaman gelap rasuah 1994 telah melenyapkan semangat anak muda untuk terus menyokong Harimau Malaya.



Jika di Fulham, penyokong mereka sanggup melanggan satu channel khas semata-mata untuk tidak mahu terlepas aksi pasukan mereka jika mereka tidak dapat ke stadium.Namun sebaliknya di Malaysia. Keghairahan rakyat Malaysia terhadap bolasepak Eropah telah menarik minat seorang penulis media di UK, dalam satu wawancara tentang penyokong Asian, beliau sempat menyebut tentang Malaysia

" Jika anda di Kuala Lumpur ( Malaysia ), tiada seorang yang melanggan Astro atau ESPN untuk menonton Bolton. Majoriti ingin melihat Liverpool,Arsenal dan Chelsea. " - Ian Ayre ( Pengarah pengurusan Liverpool )
" Kita tertanya-tanya, bagi sebuah negara yang keutamaannya bolasepak dan makanan lebih daripada segalanya, rancangan TV ruji dimport dari Eropah "
 

Itu adalah kenyataan yang dikeluarkan ... yang tidak dikeluarkan ?

Tidak heranlah, penyokong dari Malaysia memang arif pasal bola. Tetapi sampai bila liga kita harus dibawah bayang-bayang orang ? Tak salah pun menyokong pasukan Eropah kerana bolasepak itu universal.

Bola sepak adalah seni. Adalah satu seni yang indah.Memang seni di Eropah memang hebat, tetapi haruskah kita lupa tentang seni kampung sendiri ? Ayuh bangkit rakyat Malaysia, buktikan kepada mereka.

" Ini liga kita, ini negara kita, tanah tumpah darahku "
" Raikan persamaan, hormati perbezaan "
" Say no to corruption "

Artikel asal : Harimau Malaya