Sunday 15 September 2013

Siapakah Ibnu Sina ?

Assalamualaikum ~ 
Salam 1 Malaysia ~

Pernah dengar nama ' IbnuSina ' ? Mesti korang pernah dengar . Aku pun hairan siapakah Ibnu Sina ini . Biasanya nama Ibnu Sina ini akan berkaitan dengan hal penjagaan diri dan perubatan . Contohnya " Eyewear IbnuSina " ataupun " IbnuSina Perfumes " . So , aku pon mulalah menggoogle siapakah Ibnu Sina ni . 

Ibnu Sina ini adalah seorang tokoh ilmuan Islam yang sangat hebat dan dikagumi . 


Nama sebenar : Abu Ali Al-Hussein Bin Abdullah Bin Hassan Bin Ali Bin Sina 
Juga dikenali sebagai : Avicenna ( Di negara barat )

Berbangsa Parsi dan berketurunan Turki dikatakan lahir pada 375 Hijrah di Bukhara , Afghanistan . Ada sesetengah pendapat nenyatakan bahawa Ibnu Sina lahir pada 424 Hijrah . 

Bawah ni ada sedikit riwayat hidup tentang Ibnu Sina 

  • Pelajaran pertama yg diterimanya pada zaman kanak2 adalah Al Quran dan berjaya menghafal al Quran pada umur 10 tahun.
  • Digelar "Doktor Di Raja" pada ketika umurnya 18 tahun.
  • Menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada zamannya seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama, tasawuf dll.
  • Turut menguasai ilmu berbentuk duniawi termasuklah bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik,syair, teologi,politik, matematik, fizik,kimia,sastera dan kosmologi
  • Diusianya 21 tahun, menulis karya yang pertama berjudul "Al-Majmu".Himpunan risalah karyanya dihimpunkan dalam satu buku besar yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" oleh Pater Dominican di Cairo.
  • Bukunya Al Qanun Fit-Tibb (Peraturan Perubatan) dianggap sebagai perbendaharaan ilmu perubatan dan menjadi rujukan para ilmuwan serta para doktor sejak berzaman.Malah ia turut diterjemah ke dalam pelbagai bahasa. (Entah ada ke tidak terjemahannya dalam bahasa Melayu..ekk?!) Buku ini diangkat sebagai Ensiklopedia Kedoktoran.
  • Penulis2 barat menanggap Ibnu Sina sebagai "Bapa Doktor" kerana telah menyatupadukan toeri perubatan Yunani Hippocrates dan Galen. Malah Ibnu Sina turut diberi gelaran "Medicorum Principal " atau "Raja Diraja Doktor" oleh kaum Latin Skolastik. Dalam dunia Islam beliau dianggap "Zenith" iaitu puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran
  • Dalam bidang geografi Ibnu Sina dengan mudah memecahkan teori berkenaan dengan bagaimana sungai2 berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah2 yang gagaldipecahkan oleh ilmuwan dari Yunan dan Roman.
  • Ibnu Sina juga sangat terkenal di dalam mengembangkan ilmu psikologi dan membuat penemuan baru dalam ilmu perubatan yang disebut "psychosomatic medicine". Turut memberi sumbangan dalam ilmu diagnosis mengenal penyakit melalui denyutan jantung dan nadi. Hebat nyerr....!
Orang yang berilmu dan hebat sepertinya bukan datang selalu. 1 dalam sejuta.Dan orang yang hebat sepertinya turut meninggal dalam usia yang dianggap masih muda. Meninggal dunia di Hamdan dalam usianya menjangkau 58 tahun pada bulan Ramadhan 428H/1037 M. Makam beliau di Hamdan dikelilingi oleh makam2 doktor Islam yang lain. Hal ini menyebabkan para ilmuwan merasa bertuah jika dapat dikuburkan di tanah perkuburan di mana "Zenith" Islam ini bersemadi.
Bertuahnya kita kerana dikurniakan seorang ilmuwan yang "dahsyat " sepertinya! Harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati meninggalkan nama.
Al Fatihah buat Ibnu Sina. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.




Saturday 14 September 2013

Kisah Mancis & Pokok [ Motivasi ]

Assalamualaikum ~ 
Salam 1 Malaysia ~

Walaupun sekarang ni dah 14 September , aku masih lagi dalam mood patriotik . Haha , mungkin sebab tak habis lagi kot kempen kemerdekaan ni . Ok , hari ni bukan aku nak cerita pasal kemerdekaan tapi nak cerita satu kisah yang aku terbaca di wall Facebook orang yang tak sengaja ter'klik' profile dia tuu . Kisah pasal POKOK DAN MANCIS . Aku menjadi tertarik nak menjadikan sebagai artikel blog . So sebab lupa kisahnya , aku mula lah mengoogle kisah ni . Tak banyak blog yang menulis cerita ni . Kisah dia berbunyi begini ...... 

" Sebatang pokok boleh membuat jutaan mancis , begitu juga dengan sebatang mancis boleh membakar jutaan pokok . Ini bermaksud , satu fikiran yang negatif boleh memadamkan semua fikiran positif . "
" Mancis mempunyai kepala tetapi tidak mempunyai otak . Oleh itu , dengan setiap 'gesekan' kecil akan membuatkan mancis terus menyala dan membakar . Berbeza dengan kita manusia , kita mempunya kepala dan mempunyai otak . Jadi kita tak perlulah menjadi seperti mancis yang terbakar ( marah ) dengan hanya gesekan kecil "
Moral Of The Story : Sentiasa berfikiran positif dan sentiasa tenang .

Siapala yang mereka benda ni , sungguh motivasi dan mendalam maksudnya . Memang terbaik ! Sebenarnya ada panjang lagi rangkapnya , tapi aku ambik separuh sahaja .

Ps:/ Ni aku tulis dan olahkan sedikit yerr , bukan copy bulat2 . Hee .
CC : DiaRi BoNDa [ blogspot ]