Saturday 14 September 2013

Kisah Mancis & Pokok [ Motivasi ]

Assalamualaikum ~ 
Salam 1 Malaysia ~

Walaupun sekarang ni dah 14 September , aku masih lagi dalam mood patriotik . Haha , mungkin sebab tak habis lagi kot kempen kemerdekaan ni . Ok , hari ni bukan aku nak cerita pasal kemerdekaan tapi nak cerita satu kisah yang aku terbaca di wall Facebook orang yang tak sengaja ter'klik' profile dia tuu . Kisah pasal POKOK DAN MANCIS . Aku menjadi tertarik nak menjadikan sebagai artikel blog . So sebab lupa kisahnya , aku mula lah mengoogle kisah ni . Tak banyak blog yang menulis cerita ni . Kisah dia berbunyi begini ...... 

" Sebatang pokok boleh membuat jutaan mancis , begitu juga dengan sebatang mancis boleh membakar jutaan pokok . Ini bermaksud , satu fikiran yang negatif boleh memadamkan semua fikiran positif . "
" Mancis mempunyai kepala tetapi tidak mempunyai otak . Oleh itu , dengan setiap 'gesekan' kecil akan membuatkan mancis terus menyala dan membakar . Berbeza dengan kita manusia , kita mempunya kepala dan mempunyai otak . Jadi kita tak perlulah menjadi seperti mancis yang terbakar ( marah ) dengan hanya gesekan kecil "
Moral Of The Story : Sentiasa berfikiran positif dan sentiasa tenang .

Siapala yang mereka benda ni , sungguh motivasi dan mendalam maksudnya . Memang terbaik ! Sebenarnya ada panjang lagi rangkapnya , tapi aku ambik separuh sahaja .

Ps:/ Ni aku tulis dan olahkan sedikit yerr , bukan copy bulat2 . Hee .
CC : DiaRi BoNDa [ blogspot ]

No comments:

Post a Comment