Thursday 19 June 2014

Embrace of the soul | Kisah Passion Bolasepak

Bolasepak itu untuk semua, tidak kira bangsa dan agama. Passion yang ada pada setiap orang berbeza namun realitinya sama, mahu melihat kejayaan. Apabila passion mencapai tahap maksima, tiada kata-kata dapat terucap. Hanya diri sendiri yang tahu. Air mata kegembiraan berlinangan, dunia seolah-olah terhenti seketika.



"Embrace of the soul" Itulah gelaran yang diberikan kepada gambar ini. Secara kasarnya, gambar ini menunjukkan seorang lelaki yang kudung kedua belah tangannya ingin bersama meraikan kejayaan bersama pemain. Pemain itu adalah terdiri daripada penjaga gol Argentina, Ubaldol Fillol dan bek kiri Argentina Alberto Tarantini. Mereka sedang meraikan kejayaan Argentina menjulang trofi keramat Piala Dunia buat pertama kalinya setelah membenam Belanda dengan keputusan 3-1. Dengan tiba-tiba, seorang lelaki kudung datang entah dari mana, dan bersama ingin berpeluk bersama mereka.

Kejadian ini sempat dirakam oleh lensa dan gambar ini telah menjadi kebanggaan pasukan Argentina untuk kejayaan mereka disebalik kesusahan hidup di bumi sendiri. Argentina ketika itu diperintah oleh junta tentera yang diketuai oleh Jeneral Jorge Rafael Videla. Negara Amerika Selatan itu mengalami kepayahan dari segala aspek. Ekonomi, taraf kehidupan,pendidikan dan jenayah berleluasa serta tekanan yang dihadapi daripada pihak tentera. Sehinggakan penganjuran Piala Dunia 1978 hampir dibatalkan.

Sememangnya kejayaan itu sangat bermakna kepada rakyat Argentina. Seolah-olah perjuangan mereka akhirnya berbaloi. Itulah yang dinamakan passion bolasepak. Kita tidak boleh menjangka ataupun meramal tentang passion bolasepak. Kerana ianya tidak boleh dibeli.

Credit : RBS

No comments:

Post a Comment