Wednesday 21 May 2014

Aku & Membaca

Aku sebenarnya lebih suka membaca komik & majalah daripada buku-buku seperti novel. Tapi tak bermakna aku tak suka membaca buku-buku macam tu. Aku juga suka membaca cerpen-cerpen pendek. Pada aku, bila kita membaca kita berada didalam dunia sendiri. Kita bebas membayangkan sendiri situasi didalam buku.



Aku lebih suka membaca sambil baring. Ada yang suka baca sambil meniarap, sambil duduk. Badan akan terasa lebih selesa dan otak akan berada dalam keadaan relax apabila kita berbaring. Bila bosan, aku akan mengambil satu buku atau majalah dan ulang baca. Lagi-lagi bila sudah beberapa jam menghadap komputer. Aku akan capai satu buku dan akan berbaring disofa. Minat aku terhadap membaca ni masih baru. Sekitar tahun 2011, aku membeli komik pertama berjudul "Lawak Pandaman" hasil teruja tengok kawan-kawan beli. Tahun tu aku beli mungkin dalam 15 komik juga. Most of them, hilang. Lawak Pandaman tu pun dah terlepas ke tangan anak saudara aku yang berusia 4 tahun. Aku mula mengumpul komik secara serius dari tahun 2013. Beli 5-6 komik, habis dalam sehari. Repeat lagi sampai minggu depan. Then beli yang baru.

Kemudian aku berhenti kejap sebab beli PC baru, kenalah buat sesi orientasi beberapa bulan. Hahaha, kini boleh kata aku kembali aktif. Sekarang aku mempunyai kira-kira 60 buah komik dan berpuluh-puluh majalah bola dan majalah kartun. Aku pulak tak suka jenis komik anime Jepun, aku lebih suka komik Malaysia. Aku pernah memberanikan diri beli komik anime Jepun yang dialih bahasa. Tetapi akhirnya baca tak habis pun. Tapi aku minat komik seperti Doraemon & Detektif Conan. Bagi aku, itulah Anime 'original'

Bagi aku, lukisan kartunis Jepun terlalus halus\. Tidak kena dengan citarasa aku. Aku suka dengan komik yang kasar. Bukan bermaksud jalan ceritanya kasar, tapi lakarannya. Antara pelukis kegemaran aku adalah Zint, Ben Wong, Keith & Joe

Bawah ini adalah koleksi aku semasa entri ini ditulis. Tidaklah banyak mana, tapi aku puas. Masih mencari !



No comments:

Post a Comment