Thursday 15 May 2014

Kisah Fantasi : Hikayat Kerajaan Pasir Jerlus Part 2

Part 1

Raja Yang Mulia Megat Shah Alam Peace Yow semakin rungsing apabila dateline anaknya semakin hampir. Apakah yang harus dilakukannya ? Setelah berfikir selama 2 hari 2 malam sehingga kepala baginda menjadi botak, baginda mendapati bahawa baginda tidak mempunyai akal untuk menyelamatkan anakanda baginda. Selepas itu, baginda bergegas ke pusat rawatan rambut Yun Nam Hair Care untuk melebatkan semula rambut baginda. Selama seminggu, baginda perlu memakai topi koboy di hadapan rakyat jelata.

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari.

Hendak dipanjangkan cerita, datang seorang pendekar yang muda gagah perkasa bernama Mat Alam Raya. Mat Alam Raya sudah bertapa dengan 77 guru ilmu pertapaan. Sudah 999 panglima telah ditumpaskannya hanya dengan menjentik di cuping telinga mereka. Apabila Mat Alam Raya memasuki kerajaan Pasir Jerlus, dia berasa hairan melihatkan kerajaan yang penuh dengan makcik-makcik monopos dan pakcik-pakcik surau serta berunag panda. Lalu ditanyakan pada seorang pakcik yang khusuk bermain karom bersama seekor panda berkaca mata di sebuah warung lama. Setelah mendapat information, barulah Pendekar Mat Alam Raya faham tentang musibah yang melanda kerajaan itu.

Hari yang dijanjikan telah tiba..........

Raja Yang Mulia Perkasa Megat Shah Peace Yow bersama Puteri Salju Flora Bunga Rafflesia diiringi oleh beberapa pengikut raja dan pengawal pun berangkat ke Tasik Naga Kentut Berapi Hijau, tidak ketinggalan beberapa ekor panda. 

Setibanya mereka disana, guruh mula berdentum, air di tasik mula bergelora, angin kencang mula bertiup. Suasana diiringi oleh muzik latar cemas yang dimainkan oleh beberapa ekor panda menandakan bahawa Gangnam Si Frankenstein akan muncul pada bila-bila masa !

Zzzapp !!!! 

Bunyi guruh yang teramat kuat disertakan dengan kemunculan secara dramatik oleh Gangnam Si Frankenstein. " Kah kah kah.. muahahaha, wakakaka " Itulah ketawa Gangnam Si Frankenstein Gergasi sewaktu melihat wajah tuan puteri si anak raja bakal menjadi santapannya pada kali ini. 

Sewaktu Gangnam si Frankenstein Gergasi bersiap sedia untuk makan, tiba-tiba muncul satu suara " Nanti dulu !!! Cis kau Frankenstein durjana !!" Semua orang disitu tertumpu pada seorang lekaki gagah perkasa yang sedang menunggang kuda putih dari arah matahari terbit sambil menyisirkan rambut beliau. Pemuda itu adalah Pendekar Mat Alam Raya.

Raja dan para pengikutnya berundur sambil mengharapkan Mat Alam Raya dapat mengalahkan Gangnam Si  Frankenstein Gergasi. Gangnam yang berang waktu lunch breaknya diganggu, dengan sekali hembus nafasnya, sekelip mata sahaja Mat Alam Raya menjadi panda. Belum sempat Mat Alam Raya menunjukkan kepakarannya. Semuanya disitu menjadi kaku dan terpinga pinga. Lalu dengan sekali suap, dimakannya Puteri Salju Flora Bunga Rafflesia bersama lada hitam dan sedikit keju cheddar.. 

Dengan ini, berakhirlah sudah kisah Hikayat Kerajaan Pasir Jerlus yang panjang lebar ini. Terima kasih 


No comments:

Post a Comment