Tuesday 15 October 2013

Tragedi Superga 1949 [ Tragedi Grande Torino F.C ]



Anda pernah dengar tak pasal " Superga Air Disaster" ? Mungkin ada yang pernah dengar atau memang tak pernah dengar langsung ? Superga Air Disaster ini melibatkan kelab Itali , Torino F.C ( dulu dikenali sebagai Grande Torino ). Mungkin anda tak pernah dengar sebab di Malaysia ni tak ramai peminat bolasepak Itali . Kejadian "Air disaster' ni kalau dikaitkan bolasepak , kebanyakan kita hanya tahu Tragedi Munich Air sahaja yang melibatkan Manchester United. 

Sebenarnya , kejadian Superga Air Disaster berlaku di era akhir 40an iaitu pada 4 Mei 1949 . Nahas ini meragut 31 nyawa dan berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang dari perlawanan persahabatan menentang SL Benfica , pesawat terhempas Bukit Superga berdekatan Turin .



Grande Torino memang sebuah pasukan yang hebat ketika itu . Torino menjuarai liga Itali sebanyak 6 kali . Rekod Grande Torino masih kekal sehingga kini iaitu menjuarai liga sebanyak lima kali berturut-turut. 

Pada ketika itu , boleh dikatakan semua pemain Grande Torino merupakan pemain berstatus kebangsaan. 9 atau 10 orang pemain Grande Torino merupakan pemain kebangsaan Itali . 

Pada ketika kejadian itu berlaku , pesawat yang membawa pasukan ini sedang dalam perjalanan pulang ke Turin , Itali . Mereka terbang menuju ke ribut petir berhampiran Turin dan menghadapi situasi awan rendah dan jarak penglihatan yang rendah. Mereka terpaksa merendahkan pesawat untuk mendapat jarak visual yang lebih tepat tetapi malangnya mereka terlanggar dinding Basilica Complex diatas bukit Superga. Polis menyifatkan faktor tragedi adalah cuaca awan rendah, bantuan komunikasi terhad dan ketidaktepatan jadual penerbangan menyumbang kepada kemalangan ini . 


Antara yang terkorban adalah Valentino Mazzola iaitu bapa kepada lagenda Inter Milan , Sandro Mazzola. 

Majalah 'FourFourTwo' isu Oktober 2013 menyenaraikan Grande Torino sebagai top-10 dari 20 pasukan yang terbaik dalam sejarah bolasepak dunia . 


No comments:

Post a Comment