Thursday 10 October 2013

Tragedi Munich Air 1958

Assalamualaikum ~
Salam 1 Malaysia ~

Tragedi 'Bussby Babes' Munich Air 1958 merupakan salah satu peristiwa yang telah mengejutkan seluruh peminat bolasepak terutamanya bagi penyokong kelab gergasi Eropah , Manchester United ataupun nama gelarannya , The Red Devils . Tragedi ini telah mengorbankan 8 pemain utama Manchester United ketika itu .

Antara pemain yang terkorban adalah : Duncan Edwards , David Pegg , Mark Jones , Geoff Bent , Tommy Taylor , Eddie Colman , Liam Whelan & Roger Bryne . 

Mangsa lain adalah : Wartawan , ejen pelancongan , juruterbang , peminat & pegawai pengurusan Man Utd.

Rentetan kejadian tragedi Munich 1958 : 

Pada musim itu , United telah layak ke pusingan separuh akhir Piala Eropah dimana sebelum itu United telah bertemu dengan kelab Serbia , Red Star Belgrade di Old Trafford dengan mencatatkan kemenangan 2-1 dan seri 3-3 di Belgrade. Selepas perlawanan di Belgrade , United telah berhenti di Munich untuk mengisi minyak kapal terbang.

*Nota : Laluan dari Manchester ke Belgrade dirancang akan melalui Munich untuk pergi dan balik untuk membolehkan kapal mengisi minyak . Kapal terbang ketika itu tidak mampu terbang 'direct' dari Manchester ke Belgrade.

Pada ketika itu , lapangan terbang Munich diselubungi dengan awan rendah . Ditambah pula dengan hujan dan bersalji . Pemain-pemain serta penumpang bergegas turun untuk mendapatkan minuman hangat . 

Selepas kerja mengisi minyak selesai , para penumpang naik semula kedalam kapal terbang. Juruterbang mengarahkan anak kapal untuk menyemburkan cecair 'anti-ais' di sayap sebagai langkah berjaga-jaga. ( Tetapi anak kapal berpendapat untuk tidak melakukannya )


Selepas cuaca kembali reda ( sejam selepas mendarat ) pesawat itu dibenarkan untuk berlepas . Namun , semasa cubaan untuk berlepas , terdapat bunyi pelik pada enjin kapal dan kapten memutuskan untuk membatalkan pelepasan. Setelah cubaan kali kedua juga gagal , kapten memutuskan untuk memeriksa & memperbaiki enjin pesawat . Semua penumpang diarahkan turun dari pesawat dan duduk di ruangan menunggu. 

Duncan Edwards telah menghantar telegram kepada tuan rumahnya " Semua penerbangan dibatalkan. Mungkin akan terbang balik esok . -Duncan " .

Namun tanpa disangka , semua penumpang telah panggil semula untuk menaiki pesawat dan bersedia untuk berlepas. Malang sekali , sewaktu berlepas pesawat gagal mencapai ketinggian sepatutnya dan telah melanggar pagar dan terhempas ke sebuah rumah kayu. Bahagian sayap pesawat telah merempuah sebuah trak yang penuhi dengan tayar dan bahan api . Selepas 2 jam , misi mencari mangsa telah dihentikan oleh para penyelamat. Tetapi seorang wartawan German telah menemui Kenny Morgans dicelah-celah bangkai pesawat selepas 5 jam pesawat terhempas. 


*Nota : Kalau korang biasa tengok Air Crash Investigation , pasti korang tahu yang ais disayap pesawat amatlah tidak baik. Ais ni 'crystal clear' jadi sukar dilihat jika disuluh lampu sekali pun. Apabila berlaku geseran di udara , ais-ais ni mencair dan serpihan ais ni akan disedut masuk ke kipas enjin dan akan menyebabkan kipas enjin meletup. 

Tragedi ini telah mengejutkan seluruh peminat bolasepak ketika itu terutamanya peminat Manchester United. Para penyokong United berarak disepanjang jalan Manchester untuk memberi penghormatan kepada The Bussby Babes. 


Walaupun ditimpa kemalangan , United terus meneruskan pejuangan sehingga layak ke final Piala FA pada tahun itu namun tewas kepada Bolton. 

Selang 6 tahun kemudian , pada musim 64/65 Manchester United menjuarai EPL buat kali pertamanya selepas kejadian The Bussby Babes ( Kali ke-6 )

Glory Glory Manchester United !!! #GGMU

* Harap korang faham la serba sedikit tentang kejadian Munich 1958

Sekian ~



No comments:

Post a Comment