Saturday 5 October 2013

Tokoh Bolasepak Kedah [ Biar Jasa Jadi Kenangan ]



Assalamualaikum ~
Salam 1 Malaysia ~


Hari ini aku nak kongsikan dengan korang semua tentang Tokoh Bola Sepak Kedah ataupun orang yang bertanggunjawab mencipta slogan Biar Jasa Jadi Kenangan ! Hijau Kuning lambang kemegahan ! 
Siapa yang tak kenal lagenda tokoh bola sepak Malaysia , Allahyarham Dato' Paduka Ahmad Basri Akil yang menjadi orang disebalik tabir kejayaan Kedah merangkul juara DOUBLE TREBLE pada tahun 2007-2008 dan 2008-2009 . 

Photo: KESEBELASAN UTAMA KEDAH
FINAL PIALA FA 2007
KEDAH VS PERLIS
Pasukan Kedah ketika final Piala FA 2007 menentang Perlis

Dato' Padukan Ahmad Basri Akil adalah seorang yang bijak dalam merancang transformasi jangka panjang sesebuah pasukan . Namun sayangnya , beliau tidak sempat memegang jawatan presiden FAM kerana telah pergi untuk berjumpa Allah pada 15 Julai tahun 2008. Kehilangan beliau adalah merupakan satu kehilangan permata berharga untuk legasi bola sepak Malaysia. 

Allayarham Dato' Paduka Ahmad Basri Akil

Disepanjang karier beliau menjadi pengurus pasukan Kedah , banyak kontroversi-kontroversi yang timbul. Antaranya adalah ketika beliau menjawat jawatan naib Presiden FAM dari tahun 1994 hingga 1998. Dato' Paduka Ahmad Basri Akil terkenal dengan kelantangan beliau terhadap FAM. Beliau merupakan seorang yang berpendirian dan enggan menjadi budak suruh ataupun pak turut FAM. Akibatnya , beliau tersingkir dari FAM. Beliau juga digantung dari memegang apa-apa jawatan dalam bola sepak Malaysia dari tahun 2001 hingga 2005 kerana telah mengkritik FAM dan bersuara demi masa depan bola sepak Malaysia. 

Walaupun begitu , ianya tidak menyekat semangat Dato' Paduka Ahmad Basri untuk terus berbakti kepada bolasepak Malaysia terutamanya Kedah. Sejak tahun 2004 , Kedah FA telah menggunakan Dato'Paduka Ahmad Basri sebagai 'penasihat' pasukan. Ianya sebagai strategi Kedah untuk menggunakan teknikal kepincangan FAM untuk tidak membenarkan Dato' Paduka memegang apa-apa jawatan rasmi. Status penasihat ditukar kepada pengurus sebaik tamat tempoh penggantungan. 

Photo: SOKONGAN PENYOKONG DI FINAL PIALA MALAYSIA 2004
Sebahagian penyokong Hijau Kuning pada aksi final Piala Malaysia 2004

Setelah tamat tempoh penggantungan ( 2006 ) , Dato' Paduka Ahmad Basri telah kembali ke pangkuan Kedah yang ketika itu berada dizaman 'gelap kerana terperosok di Liga Perdana. Dengan semangat HIJAU KUNING dan sentuhan ajaib beliau , Kedah telah menjadi juara liga perdana dan seterusnya dipromosikan untuk naik ke liga super pada tahun 2007. 

Pada tahun yang sama , Dato' Padukan Ahmad Basri sekali lagi digantung selama 3 tahun akibat mengkritik FAM . Setahun berikutnya , pada 15 Julai 2008 .. Malaysia telah kehilangan seorang tokoh bolasepak yang bijak dalam merancang perubahan jangka panjang sesuatu pasukan. 

' Biar Jasa Jadi Kenangan ' Lagu yang diilhamkan sendiri oleh Dato' Paduka Ahmad Basri pada tahun 1987.
" Saya memang gembira demi Hijau Kuning walaupun jasa tidak dikenang lagi " - Allahyarham Dato' Padukan Ahmad Basri Akil
Al-Fatihah untuk beliau ! Biar Jasa jadi kenangan !

CC: Hijau Kuning Negeri Ku

No comments:

Post a Comment