Monday 14 October 2013

Kisah C.Ronaldo & Albert Fantrau

Assalamualaikum ~
Salam 1 Malaysia ~

Cristiano Ronaldo ... tentu anda pernah mendengar nama ini kan ? Seorang pemain bolasepak professional yang pernah memenangi Ballon D'or bertahun dulu . Dan pasti suatu hari nanti , beliau akan menjadi seorang lagenda dunia bolasepak. Seorang pemain forward yang cukup versatile dan penuh dengan skill . Sekarang kapten bagi pasukan kebangsaan Portugal . Ronaldo adalah seorang yang dikenali sebagai seorang yang menghormati Islam dan bersikap berperikemanusiaan. Seperti contoh , Ronaldo meleburkan kasut emasnya hanya untuk membantu Umat Islam di Gaza , Palestine. 

Tapi , tahukah anda kisah disebalik kejayaan beliau ? Aku pun terharu baca kisah ni . Ini baru dinamakan sahabat. 

" Saya perlu berterima kasih kepada rakan saya , Albert Fantrau untuk semua kejayaan saya sekarang. Dulu kami main bersama di kelab belia . Apabila orang tiba di Sporting Lisbon , mereka beritahu kami siapa yang menjaringkan lebih banyak gol akan diterima masuk ke akedemi "
" Kami menang perlawanan tersebut 3-0 . Saya menjaringkan gol pertama , Albert menjaring gol kedua menerusi tandukan . Gol ketiga lah yang menentukannya. Albert berlari terus menuju ke penjaga gol tanpa hilang . Saya berlari di sisinya . Dia cuba memperdayakan penjaga gol tersebut . Apa yang dia perlu hanya menjaringkan gol tetapi dia berikan bola kepada saya . Selepas perlawanan tamat , saya diterima masuk ke akademi . Saya menemuinya selepas perlawanan , saya tanya "kenapa?" dia menjawab "awak lebih baik dari saya" ... "

Beberapa tahun selepas kenyataan ini dikeluarkan oleh Ronaldo , para wartawan pergi ke rumah Albert untuk memastikanya. Albert menjawab " ya dan karier saya sebagai pemain bolasepak berakhir selepas tamat perlawanan itu"

" Tetapi dimana awak dapat rumah besar dan sebuah kereta mewah ? Nampak seperti awak kaya , keluarga awak juga senang . Dari mana awak dapat semua ini ? " 

Albert dengan bangganya menjawab " Dari Cristiano " 
Begitulah kisah Ronaldo dengan sahabatnya ...

 


No comments:

Post a Comment