Sunday 13 October 2013

Tragedi Hillsborough 1989

Assalamualaikum ~
Salam 1 Malaysia ~

Tentu korang pernah dengar tentang Tragedi Hillsborough yang selalu dikaitkan dengan fan Liverpool kan ? Kejadian ini berlaku pada 15 April 1989 pada perlawanan separuh akhir Piala FA diantara Liverpool dan Nottingham Forest. Kejadian ini berlaku di Stadium Hillsborough di Sheffield. Tragedi Hillsborough telah mengorbankan seramai 96 nyawa manakala 766 yang lain cedera.

Tragedi ini merupakan diantara tragedi stadium dan salah satu bencana bolasepak yang paling teruk dalam sejarah . Kejadian Hillsborough adalah bencana yang melibatkan limpahan penyokong sehingga menyebabkan kematian. Pihak media dan orang awam telah menyalahkan pengurusan polis yang cuai sehingga menyebabkan penyokong dapat masuk kedalam stadium walaupun stadium sudah penuh. 

Penyokong diluar berusaha untuk masuk ke stadium . Mereka memanjat pagar dan meluru masuk kedalam. Ini menyebabkan banyak orang jatuh dan dipijak sehingga menyebabkan kematian. Apabila penghadang mula pecah dan penyokong mula jatuh atas satu sama lain , perlawanan tersebut terpaksa dihentikan pada minit yang ke 6 . Kejadian ini berlaku di Leppings Lane ataupun dikenali sebagai West Stand yang berkapasiti 24 , 256 kerusi dimana penyokong Liverpool ditempatkan . Penyokong Nottingham ditempatkan di South & East ends ( Spion Kop ) yang berkapasiti 29 , 800 . 


Sepupu Steven Gerrard , Jon-Paul Ghillholey merupakan mangsa kematian yang termuda ( 10 tahun ) . Gerrad berkata bahawa tragedi itu memberi inspirasi kepada beliau untuk mengetuai pasukan yang dia minati daripada seorang budak biasa kepada seorang pemain bolasepak yang terkenal. 



Selepas kejadian itu , pihak pengurusan Liverpool mengadakan upacara penghormatan di Anfield . Seramai 20 ribu orang telah menghadiri upacara tersebut. 


Selang lima minggu kemudian di final Piala FA , kedua-dua pasukan ( Liverpool vs Everton ) menggunakan 'arm bands' hitam bagi menghormati mangsa yang terkorban . 'one minute silence' juga diadakan. 


Liverpool juara pada tahun itu . Dan setiap 15 April , 'one minute silence' akan diadakan bagi menghormati mangsa tragedi Hillsborough 1989 yang terkorban. 



 20 tahun selepas kejadian itu , Liverpool bermain untuk suku akhir di Liga Juara Juara yang sepatutnya diadakan pada 15 April tetapi telah ditunda kepada 16 April bagi mengadakan upacara memperingati kejadian di Hillsborough . 

You Never Walk Alone !!! #YNWA 

Sekian sahaja daripada aku . Memang susah nak cari info pasal kejadian ni dalam bahasa Melayu . Yang ada pun dalam English dan Indonesia . Aku bukan faham sangat .. terpaksa laa perah otak . Hehehe xD!

No comments:

Post a Comment