Tuesday, 31 December 2013

Jasamu : Datuk K.Rajagopal ( The Passion Builders )

Esok iaitu 31/12/2013 bagi peminat bolasepak tempatan ia bermakna dengan secara rasminya kontrak pengendalian K.Rajagobal terhadap Harimau Malaya telah tamat. Mestilah majoriti peminat bolasepak tanah air merasa lega akan tetapi ada segelintir peminat yang agak kecewa atau terkilan dengan cara penamatan kontrak beliau apabila FAM mengumumkannya tanpa pengetahuan Rajagobal sendiri.

Ada pihak mengatakan bahawa FAM terpaksa melakukannya kerana ianya adalah HOT TOPIC semasa tetapi bagi pihak professional ianya merupakan tindakan yang sewajarnya kerana prestasi buruk dan mengecewakan Harimau Malaya.



Datuk K.Rajagopal ataupun nama sebenar beliau Rajagopal Kupusamy Karuppiah sering terkenal dengan lagaknya bereksperiment dengan pemain sehingga menimbulkan kemarah peminat.



Namun , perlu kita ingat , dialah yang menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas Sukan Sea apabila memenanginya di Sukan Sea Laos pada 2009. Pada tahun 2011 , K.Rajagopal telah menerima pingat Panglima Jasa Negara yang dianugerahkan oleh Tuanku Mizan Zainal Abidin pada hari lahirnya.



Namun apa-apapun, Datuk K.Rajagopal telah menempa nama dalam sejarah bolasepak Malaysia yang pasti diingati, tidak kiralah dengan cara apa sekali pun. Bak kata penyokong Kedah " Biar Jasa Jadi Kenangan "

Bagi aku K.Rajagopal adalah ' The Passion Builders ' ataupun pemangkin semangat bola tempatan.

DATUK K.RAJAGOPAL , JASAMU AKAN KAMI KENANG !

Tuesday, 15 October 2013

Tragedi Superga 1949 [ Tragedi Grande Torino F.C ]



Anda pernah dengar tak pasal " Superga Air Disaster" ? Mungkin ada yang pernah dengar atau memang tak pernah dengar langsung ? Superga Air Disaster ini melibatkan kelab Itali , Torino F.C ( dulu dikenali sebagai Grande Torino ). Mungkin anda tak pernah dengar sebab di Malaysia ni tak ramai peminat bolasepak Itali . Kejadian "Air disaster' ni kalau dikaitkan bolasepak , kebanyakan kita hanya tahu Tragedi Munich Air sahaja yang melibatkan Manchester United. 

Sebenarnya , kejadian Superga Air Disaster berlaku di era akhir 40an iaitu pada 4 Mei 1949 . Nahas ini meragut 31 nyawa dan berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang dari perlawanan persahabatan menentang SL Benfica , pesawat terhempas Bukit Superga berdekatan Turin .



Grande Torino memang sebuah pasukan yang hebat ketika itu . Torino menjuarai liga Itali sebanyak 6 kali . Rekod Grande Torino masih kekal sehingga kini iaitu menjuarai liga sebanyak lima kali berturut-turut. 

Pada ketika itu , boleh dikatakan semua pemain Grande Torino merupakan pemain berstatus kebangsaan. 9 atau 10 orang pemain Grande Torino merupakan pemain kebangsaan Itali . 

Pada ketika kejadian itu berlaku , pesawat yang membawa pasukan ini sedang dalam perjalanan pulang ke Turin , Itali . Mereka terbang menuju ke ribut petir berhampiran Turin dan menghadapi situasi awan rendah dan jarak penglihatan yang rendah. Mereka terpaksa merendahkan pesawat untuk mendapat jarak visual yang lebih tepat tetapi malangnya mereka terlanggar dinding Basilica Complex diatas bukit Superga. Polis menyifatkan faktor tragedi adalah cuaca awan rendah, bantuan komunikasi terhad dan ketidaktepatan jadual penerbangan menyumbang kepada kemalangan ini . 


Antara yang terkorban adalah Valentino Mazzola iaitu bapa kepada lagenda Inter Milan , Sandro Mazzola. 

Majalah 'FourFourTwo' isu Oktober 2013 menyenaraikan Grande Torino sebagai top-10 dari 20 pasukan yang terbaik dalam sejarah bolasepak dunia . 


Kehebatan Tradisi Penjaga Gol Bayern Munich

Sejak tahun 1957 , Bayern Munich sering kali berjaya mengrekrut pejaga gol berkelas dunia untuk bermain di gawang mereka . Kejayaan ini berterusan sehingga kini. Antara kejayaan Bayern Munich adalah menjuarai 5 kali UEFA Champions League.  Berikut adalah senarai penjaga gol berkelas dunia yang pernah bermain dibawah pengurusan Bayern Munich.


1. Arpad Fazekas ( 1957-1961 )
- Penjaga gol antarabangsa Hungary, mewakili Bayern sebanyak 100 penampilan dan memenangi German Cup 1957



2. Sepp Maier ( 1962-1979 )
- Menjuarai 3 kejuaraan Eropah bersama Bayern pada tahun 1966 sehingga 1969. 
- Memegang rekod penampilan terbanyak bagi penjaga gol di German dengan 442 penampilan.
- Dikenali sebagai "Die Katze von Anzing" kerana mempunya keupayaan tindak balas yang pantas. 



3. Jean-Marie Pfaff ( 1982-1988 )
- Menjuarai 3 kejuaraan liga German dan memenangi 2 German Cup 
- Mempunyai 156 penampilan bersama Bayern



4. Raimond Aumann ( 1982-1994 ) 
- Menjuarai 6 kejuaraan liga dan 2 German Cup
- Menghabiskan 2 tahun pertama menjadi penjaga gol ke2 disamping Jean-Marie Pfaff
- Antara penjaga gol yang hebat ketika itu.
- Sekarang menjadi koordinator kelab penyokong Bayern.




5. Oliver Kahn ( 1994-2008 )
- Memenangi 8 kejuaraan liga, 6 German Cup, 1 UEFA Cup dan 1 UEFA Champions League.
- Memenangi 4 kali berturut-turut pencalonan penjaga gol terbaik Eropah, memenangi 3kali anugerah penjaga gol terbaik dunia IFFHS, 2 kali Pemain German terbaik tahunan dan menjadi satu-satunya penjaga gol yang memenangi Golden Ball pada tahun 2002. 




5. Manuel Neuer ( 2011-Present )
- Memenangi 2 kejuaran liga, 1 German Cup,1 German Supercup, 1 UEFA SuperCup, 1 UEFA Champions League, 1 FIFA World Club Cup
- Memenangi penjaga gol terbaik dunia IFFHS 2013 dan tersenarai dalam FIFA/FIFPro World XI 2013